Sunday, February 28, 2010

Malaysia 1 - 0 Yaman


BADDROL Bakhtiar (biru) diasak pemain Yaman, Khaled Hasan dalam saingan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.


MALAYSIA meraih kemenangan pertama pada 2010 dengan menewaskan Yaman 1-0 dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi sebagai persiapan menghadapi dua misi utama, tahun ini.

Baddrol Bakhtiar yang lulus ujian kecergasan muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-55, menyerlahkan kepentingannya kepada skuad kebangsaan selepas aksi wiranya pada Sukan Sea Laos.

Skuad negara sebelum ini tewas 1-0 kepada Emiriyah Arab Bersatu pada kelayakan Piala Asia awal Januari dan kejayaan ke atas negara yang berada pada kedudukan ranking dunia lebih baik adalah suntikan bagi persiapan ke arah Sukan Asia (November) dan Piala AFF (Disember).

Daripada lapan pemain baru dipanggil pengendali, K Rajagobal hanya penyerang Terengganu, Mohd Ashaari Samsuddin diberi kepercayaan dalam kesebelasan utama apabila dia membuat penampilan pertama selepas dua tahun.

Jelas ia adalah keputusan tepat apabila Mohd Ashaari menyerlah dengan dua percubaan bahaya selepas benteng negara berjaya menyerap asakan awal Yaman.

Ashaari hampir membuka jaringan minit ke-11 apabila hantaran lintang Baddrol melepasi pertahanan Yaman dengan Ashaari menyelinap masuk sebelum melepaskan rembatan singgah ke palang.

Sumber : Berita Harian Online

TAHNIAH PASUKAN MALAYSIA, PENINGKATAN PASUKAN KEBANGSAAN AMAT KAMI HARAPKAN.....
TINGKATKAN PRESTASI PASUKAN AGAR LEBIH MENYERLAH DALAM PERLAWANAN ANTARABANGSA

No comments: