PULAU PINANG 10 Nov. — Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menemui kertas mentera mempunyai kalimah Allah dan cebisan al-Quran di empat tokong Cina yang disyaki menjalankan amalan pemujaan dan nombor ramalan.
Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JHEAIPP, Azmah Abdullah berkata, operasi dari 9 pagi hingga 3 petang itu dijalankan berdasarkan maklumat orang awam.
"Kami menjalankan siasatan terperinci sebelum mengambil tindakan bagi memastikan tiada orang Islam yang terlibat dengan unsur-unsur pemujaan dan amalan syirik yang bertentangan dengan akidah.
"Dalam operasi ini kami telah temui kertas doa mentera dengan tulisan jawi dan mempunyai kalimah Allah, juga terdapat cebisan al-Quran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama
Sumber : Utusan Malaysia
KENAPA JADI CAM NI ?
1 comment:
Saya adalah dari keturunan Cina Penang dan merupakan generasi ke-5. Dakwaan laporan suratkhabar yang kaki nombor menyalahgunakan simbol-simbol Islam adalah tidak berasas.Sebelum membuat dakwaan melulu atas isu yang sangat sensitif ini,mohon pihak jabatan agama mendalami kepercayaan Cina tempatan terlebih dahulu.Keramat-keramat yang diserbu jabatan agama merupakan 'Datok Kong', iaitu dewa tempatan yang kami percaya adalah beragama Islam.Kepercayaan ini diperturunkan kepada kami oleh moyang kami yang lahir di negara ini.Quran dan kopiah yang dijumpai di tokong 'Datok Kong' ini adalah antara hadiah daripada pemuja 'Datok Kong' kepada Nya kerana berterima kasih atas berkatNya.Kami juga percaya bahawa Khamis malam Jumaat adalah hari suci untuk memuliakan Datok Kong.Saya percaya jabatan agama tidak berhak untuk merampas bahan-bahan yang kami persembahkan kepada Datok Kong kerana tokong bukan di bawah bidang kuasa mereka.Tindakan jabatan agama tidak menghormati amalan agama kami.
Post a Comment