MELAKA: Malang berganda apabila seorang pesakit warga emas kritikal yang dalam perjalanan dihantar ke Hospital Muar terbabit dalam nahas jalan raya apabila ambulans yang dinaiki terbalik selepas melanggar sebuah kereta di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (Lebuh AMJ) di persimpangan lampu isyarat Ayer Molek-Kandang, dekat sini, hari ini.
Ia adalah kejadian kedua, iaitu selang seminggu selepas sebuah ambulans terbabas di Kilometer 15 Jalan Jasin-Bemban pada 30 Oktober lalu hingga mengorbankan nyawa seorang pegawai Jabatan Imigresen negeri apabila tercampak keluar ketika menghantar rakannya yang cedera.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, ambulans itu dipercayai gagal mengelak lalu melanggar sebuah kereta sedang bergerak menyebabkan pemandunya hilang kawalan mengakibatkan ia terbabas dan terbalik serta terseret hampir 25 meter dari lokasi perlanggaran.
Nasib pesakit berusia 62 tahun itu masih belum diketahui, namun dia yang baru dikeluarkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital pakar swasta itu, kini dirawat di wad kecemasan Hospital Melaka (HM).
Sumber : Harian Metro Online
SEKALI LAGI AMBULANS TERBALIK,
Sebelum ini http://syamsyun84.blogspot.com/2009/11/pegawai-imigresen-terbunuh-ambulans.html
No comments:
Post a Comment