|
|
Menurut beberapa peniaga di situ, kegiatan wanita tersebut telah lama diperhatikan sejak dilihat sentiasa berada di sekitar kawasan tersebut.
Ibu kanak-kanak terbabit, Hamidah Ishak, 46, berkata, rantai leher anaknya, Afza Adlina Ibrahim diragut ketika sedang berbelanja di pasar sehari.
"Beberapa peniaga di situ memberitahu yang rantai anak saya diragut kira-kira pukul 11.15 pagi.
"Memang saya tidak sedar kerana orang terlalu ramai dan anak saya tidak pula menangis," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini.
Hamidah menambah, sebaik melihat rantai milik anaknya yang bernilai RM360 itu lesap, peragut wanita berkenaan telah pun ditangkap oleh peniaga di situ.
"Semasa ditangkap, dia (suspek) terus membuang rantai itu dan mendakwa tidak mencuri rantai anak saya," katanya.
Beliau difahamkan, wanita terbabit telah beberapa kali disyaki mencuri di situ tetapi sering kali terlepas.
Sumber : Kosmo Online
JANGAN KATA LELAKI SAHAJA MERAGUT,
PEREMPUAN PUN PANDAI MERAGUT......
KENAPA JADI BEGITU??? ORANG TUA TAK AJAR KE ANAK MEREKA ????
No comments:
Post a Comment