Wednesday, November 18, 2009

Amah Didakwa Larikan Budak 2 Tahun


HASLINDA bersama anaknya, Siti Nurdiana yang dipercayai dilarikan pembantu rumahnya semalam.


SHAH ALAM - Sepasang suami isteri warga asing yang telah menetap di negara ini selama 10 tahun tidak menyangka pembantu rumah mereka berusia 50 tahun tergamak melarikan puteri tunggal mereka, Siti Nurdiana Aung Soe berumur 2 tahun.

Aung Soe atau Abu Hussin, 38, warga Myanmar dan isteri, Haslinda Damanik, 35, warga Indonesia, terkejut apabila mendapati amahnya dikenali sebagai Suparmi dan anaknya tiada di rumah sebaik pulang dari kerja kira-kira pukul 7.30 malam semalam.

Mereka berdua bekerja sebagai tukang masak di sebuah syarikat katering di Glenmarie di sini.
Menurut Aung Soe, pintu rumahnya di Pangsapuri Brunsfields Riverview di Seksyen 13 di sini berkunci dan sebaik masuk, keadaan bilik didapati bersepah.

"Saya rasa tak sedap hati bila melihat keadaan rumah yang gelap sebaik pulang dari tempat kerja.
"Saya percaya Suparmi keluar bersama anak saya pada waktu tengah hari mengikut maklumat seorang peniaga di tingkat bawah," ceritanya.

Aung Soe bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini malam semalam.

Aung Soe memberitahu, pembantu rumahnya itu mula bekerja dengannya September lalu dengan gaji RM400 sebulan dan hubungan mereka sangat rapat selain Suparmi tidak diberi kerja yang berat.

"Isteri saya sejak tadi asyik menangis tak berhenti-henti, saya harap dia pulangkan anak saya. Anak saya, kami tak pernah buat salah kepada dia," katanya sambil berharap segera menemui anak tunggalnya itu.

Sumber : Kosmo Online

BUKAN SAHAJA ANAK DARA DILARIKAN KE LOMBOK,
MALAH ANAK KECIL PUN DILARIKAN OLEH PEMBANTU RUMAH.
APA TINDAKAN ANDA KALAU JADI BEGINI? 
APA HUKUMAN YANG KORANG NAK KASI SAMA INDON-INDON SEBEGINI??
KEPADA INDON-INDON YANG BACA NI, MEMANG MACAM NI KA ORANG INDON??

No comments: