Wednesday, November 18, 2009

Bekas Setiausaha Sulit Anwar buat laporan pembelian saham RM8.5j


ANUAR menunjukkan dokumen pembelian saham di Bukit Aman semalam.

KUALA LUMPUR - Demi mencari kebenaran, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis berhubung isu pembelian saham oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang didakwa bernilai RM8.5 juta.


Anuar Saari yang datang menaiki sebuah kereta Honda Accord hitam dari Melaka hadir di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di Bukit Perdana di sini kira-kira pukul 11.45 pagi.

Beliau turut membawa bersama beberapa dokumen penting termasuk baucar pembelian saham yang mencecah RM2 juta yang didakwanya kelihatan seperti asal.

Bagaimanapun, Anuar enggan mendedahkan bila dan bagaimana beliau mendapat dokumen itu kepada media, sebaliknya menegaskan hanya memberi maklumat itu kepada polis.

Beliau juga akan menamakan beberapa orang berkaitan pembelian saham itu termasuk Anwar kerana perkara itu berlaku pada 1992 hingga 1994 ketika beliau menjadi Menteri Kewangan.

Ketika ditemui sebelum membuat laporan itu, Anuar memberitahu, keputusan tersebut dilakukan tanpa paksaan mana-mana pihak.

"Saya bukanlah orang yang berhak untuk menentukan sama ada dokumen yang diperoleh ini tulen atau tidak, sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.

Sumber : Kosmo Online

APAKAH BULAN NOVEMBER IALAH BULAN PAKATAN RAKYAT JADI MALANG KA ??
APA MOTIFNYA DIA BUAT BEGINI?? 
WALHAL PERKARA INI DAH LAMA BERLAKU.....
ATAU IANYA SEMATA-MATA PASAL POLITIK

No comments: