Wednesday, November 18, 2009

Kongsi kejayaan Donald Trumph


PUTRAJAYA: Sentiasa memberi tumpuan terhadap apa yang dilakukan, rebut setiap peluang yang datang dan bijak mengendali tekanan, itulah pedoman diberikan tokoh korporat tersohor, hartawan dan selebriti Amerika Syarikat, Donald Trumph kepada kira-kira 2,000 peserta Sidang Kemuncak Pembabitan Belia (YES 2009) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.

Trumph yang mengadakan lintas langsung dengan peserta menerusi persidangan video dari Menara Trumph di New York berkata, itu adalah antara prinsip dipegang beliau sehingga menjadi ahli perniagaan terkenal dan disegani di seluruh dunia.

“Saya bekerja keras sebelum berjaya ke tahap ini dan saya amat fokus ketika melakukan setiap perkara. Jikakita fokus, anda boleh mendapat lebih banyak wang dan lebih banyak peluang yang akan datang,” katanya.

Trumph berkata lagi , memang ada orang yang akan cuba merampas kejayaan yang dimiliki, tetapi usaha itu tidak akan berlaku jika kita fokus dengan apa yang dilakukan.

Tumpuan saja tidak mencukupi, tetapi ia perlu disertai dengan disiplin yang tinggi untuk menjadi usahawan berjaya dan lebih penting kemampuan bekerja di bawah tekanan.

Sumber : Harian Metro Online

SIAPA AKAN IKUT JEJAK LANGKAHNYA ????
FIKIRKAN...

No comments: