Menurut sumber, pelajar itu mendakwa dia dicabul teman lelakinya ketika berada di sebuah rumah kedai di Taman Kenari, di sini, minggu lalu.
“Ketika kejadian, beberapa lelaki dipercayai rakan suspek turut berada di dalam rumah kedai itu.
“Namun rakan suspek tidak terbabit dalam kejadian itu kerana hanya suspek bersama mangsa berada di dalam sebuah bilik di rumah kedai berkenaan,” katanya.
Sumber itu berkata, kejadian berlaku ketika pelajar terbabit bersama seorang daripada kakaknya berusia 16 tahun keluar menemui teman lelaki masing-masing di hadapan sebuah sekolah sebelum menunggang motosikal dengan teman lelaki masing-masing.
“Mangsa mendakwa keluar bersiar-siar bersama suspek di sekitar taman ini sebelum dibawa ke sebuah rumah kedai berkenaan.
“Mangsa dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah bilik di rumah kedai berkenaan dan dia dikatakan berada semalaman bersama suspek sehinggalah keesokan harinya baru pulang ke rumahnya,” katanya.
Keluarga mangsa yang terkejut dengan penjelasannya kemudian membawa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kulim.
Sumber : Harian Metro Online
KECIK-KECIK PUN DAH ADA BOYFREND.....
DAH JADI CAM NI, SIAPA NAK DIPERSALAHKAN ???
No comments:
Post a Comment