Wednesday, November 18, 2009

Lelaki mati kerana bisul


KUALA LUMPUR: Pendarahan teruk dari penyakit bisul dipercayai punca kematian seorang lelaki di ruang tamu rumahnya di Jalan Peel, Cheras tengah hari semalam.

Wai Chee Yee, 49, seorang penganggur ditemui anak perempuannya dalam keadaan bogel kira-kira jam 12 tengah hari ketika ingin melawat bapanya itu yang tinggal bersendirian.

Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim berkata, anak mangsa yang terkejut kerana terdapat banyak kesan darah di sekeliling bapanya kemudian menghubungi pihak polis kerana mengesyaki dia dibunuh.

“Namun pemeriksaan forensik mendapati mangsa mati akibat penyakit bisul di kaki kanannya yang pecah hingga menyebabkan pendarahan teruk.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya ketika ditemui di semalam.

Mangsa tinggal bersendirian selepas berpisah dengan isterinya dan dipercayai mengalami bisul sejak beberapa bulan lalu.


Sumber : Harian Metro Online

KEPADA YANG ADA BISUL TU, BERUBAT LA SECEPAT MUNGKIN.
SAYANGI NYAWA ANDA....

No comments: