Wednesday, November 18, 2009

Dibelasah Kerana Enggan Nikah

AMPANG: Akibat enggan berkahwin, seorang lelaki cedera parah dibelasah abang teman wanitanya dalam satu kejadian di Kampung Pandan Dalam, dekat sini, Rabu lalu.

Berikutan itu, lelaki terbabit yang berusia 20-an kini berada di hospital selepas cedera dan terpaksa menerima 10 jahitan di dagu, retak tangan kanan dan lebam di kaki.

Menurut sumber polis, kejadian terbabit berlaku jam 6.30 petang apabila mangsa yang baru pulang dari tempat kerja didatangi abang teman wanitanya yang menjemput dia ke rumah mereka.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian mengikut abang teman wanitanya itu bersama dua lelaki lain dipercayai rakannya.

“Tiba di rumah mereka di Kampung Pandan Dalam, mangsa diajak berbincang mengenai perkahwinannya oleh ahli keluarga teman wanitanya,” katanya.

Sumber terbabit berkata, mangsa bagaimanapun menolak permintaan mereka dengan memberi alasan dia tidak berminat melangsungkan perkahwinan kerana mendakwa wanita itu mempunyai ramai teman lelaki selain dirinya.

“Mendengar jawapan yang diberikan mangsa, abang teman wanitanya naik berang sebelum memukul mangsa.

“Malah, dua rakannya turut campur tangan dan membelasah mangsa sebelum dihantar ke hospital,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kini dirawat di hospital akibat kecederaan yang dialaminya dan satu laporan polis dibuat kelmarin oleh saudara terdekatnya di Balai Polis Ampang.

“Mangsa kini berada di hospital dan agak sukar mengambil kenyataan berikutan kecederaan yang dialaminya itu.

“Namun, lelaki terbabit kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan polis masih menyiasat punca sebenar kejadian berkenaan,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, polis belum dapat mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hasan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dibelasah tiga lelaki kerana enggan berkahwin dengan seorang wanita yang juga adik seorang daripada suspek.

“Setakat ini, belum ada sebarang tangkapan dan usaha polis kini menjurus kepada mencari motif dan kami akan merekodkan kenyataan daripada mangsa bagi mengenal pasti bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber : Harian Metro Online

ABANG SAMSENG APA CAM NI, 
KALAU AKU MEMANG TAK MAU DAPAT ABANG IPAR BEGINI,
1 LAGI KES, APSAL PLAK NAK KENA KAWHWIN PAKSA NI,
DAH ORANG TAK MAU, JANGAN DOK PAKSA KAN....
APA PENDAPAT KORANG ??????

No comments: