Thursday, November 12, 2009

Anak Polis Ragut Wanita

KANGAR: Dua anak polis berusia 16 tahun dan 23 tahun, termasuk seorang daripadanya memiliki rekod tindakan mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK), ditahan kerana cuba meragut seorang wanita, di Jalan Kelab Indera Kayangan, di sini.

Suspek ditahan ketika bersembunyi di kediaman datuk mereka di Hutan Kandis, dekat sini, kira-kira jam 8 pagi semalam, 12 jam selepas cubaan meragut itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa, ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua suspek yang dipercayai aktif menyamun di daerah ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan apabila identiti mereka terbongkar selepas semakan rekod pendaftaran motosikal yang ditinggalkan di tempat kejadian.

“Polis turut menemui dua pisau pemotong daging dan sebilah parang di tempat kejadian yang dipercayai diguna ketika menyamun.

“Dengan penahanan itu polis yakin selesaikan tiga kes samun di daerah ini dipercayai membabitkan dua beradik berkenaan beberapa minggu lalu,” katanya.
Mengulas kejadian malam kelmarin, Ismail berkata, kedua-dua suspek disyaki meragut seorang wanita yang juga pekerja pasar raya pada jam 9.20 malam.

Katanya, mangsa yang menunggu adiknya di tepi jalan berhampiran Kelab Indera Kayangan, didatangi seorang lelaki yang kemudian duduk di sebelahnya.

Seorang lelaki bermotosikal menghampiri mereka dan suspek terus merentap beg tangan wanita terbabit.

“Orang ramai gagal menahan suspek yang sempat melarikan diri dengan meninggalkan motosikal di tempat kejadian” katanya.
Kedua-dua suspek kini direman untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun berkumpulan.

Sumber : Berita Harian Online

BAGAIMANA DENGAN BAPA KEPADA ANAK DIA NI, KENA TINDAKAN ??
APA PENDAPAT KORANG APABILA ANAK TIDAK DIJAGA DENGAN BAIK OLEH IBUBAPA MEREKA YANG BEKERJA SEBAGAI POLIS ?

No comments: