Thursday, November 12, 2009

Pembunuh Norzi akhirnya ke tali gantung



SHAH ALAM - Selepas lima tahun berlalu, Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Irawadi Mohamad (gambar) selepas didapati bersalah membunuh kekasihnya, Norzi Ayu Md. Noor, 27 tahun.


Irawadi, 29, yang merupakan bekas penuntut Fakulti Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi tenang menerima keputusan tersebut selepas dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mohd. Yazid Mustafa.

Irawadi yang memakai kemeja T berwarna putih dilihat duduk di luar kandang tertuduh sambil berbincang dengan peguam belanya sebelum meninggalkan pekarangan mahkamah.

Mohd. Yazid membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan yang diwakili Imran Hadzalie Abdul Hamid gagal membangkitkan keraguan munasabah.

Terdahulu, Mohd. Yazid dalam alasan penghakimannya mengemukakan enam fakta menolak hujah pembelaan tertuduh selepas tidak dicabar peguam bela.

Malah, katanya, pihak pembelaan juga hanya menumpukan pada satu isu iaitu tertuduh tidak mempunyai niat membunuh Norzi Ayu dan ia jelas bercanggah dengan keterangan pengawal keselamatan UKM yang merupakan saksi pendakwaan keempat (SP4), Azman Mat Zain.

"Selepas meneliti keterangan SP4, saya dapati keterangannya yang mengatakan bila dia masuk ke bilik itu, dia dapati tertuduh sedang merangkul mangsa dan salah satu tangan tertuduh memegang pisau yang berlumuran darah dan menghunus pada si mati, tidak disangkal peguam bela," katanya.

 Sumber : Kosmo Online

SETIAP JENAYAH DILAKUKAN, PASTI MENDAPAT BALASAN

No comments: