Thursday, November 12, 2009

Klinik subahat penagih diserbu


Klinik yang didakwa menjual ubat batuk di Jalan Yam Tuan, Seremban.


SEREMBAN - Sebuah klinik di Jalan Yam Tuan di sini yang membekalkan ubat batuk jenis codine kepada penagih dadah diserbu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri dalam satu serbuan semalam.
Ekoran serbuan tersebut, seramai 31 orang penagih ditahan ketika berada di dalam dan di luar klinik tersebut.
Pengarah AADK negeri, Abdul Rahman Hamid berkata, bertindak atas maklumat diterima, klinik tersebut diserbu pada pukul 10 malam.

Katanya, hasil siasatan ke atas suspek mendapati mereka membeli ubat batuk jenis codine di klinik terbabit.
"Ubat batuk tersebut boleh membuatkan penggunanya berasa khayal selepas mengambil dalam kuantiti berlebihan.

"Klinik tersebut menjualnya pada harga RM12 sebotol (60 milimeter) dan dipercayai telah melakukan perbuatan subahat dengan penagih sejak empat bulan lalu," katanya di sini semalam.

Jelasnya, berdasar risikan dan pemantauan pihaknya turut mendapati individu dipercayai penagih dadah itu berlegar-legar dalam jumlah yang ramai terutama pada waktu malam untuk mendapatkan bekalan di klinik tersebut.

Abdul Rahman memberitahu, ketika serbuan dilakukan, beberapa penagih bertindak melempar batu ke arah pihak penguat kuasa sehingga menyebabkan sebuah pacuan empat roda mengalami kerosakan di bahagian cermin.

Sumber : Kosmo Online

KLINIK UNTUK BERUBAT ORANG, TAPI KLINIK NI?

No comments: