Wednesday, November 04, 2009

Broadband ???


 

Memahami Broadband


Broadband adalah nama yang diberikan kepada sistem yang direka untuk penghantaran data elektronik pada kelajuan yang tinggi. Bayangkan paip yang membawa bekalan air ke rumah kita setiap hari. Sekiranya kita hendak lebih banyak air dihantar ke rumah dengan lebih pantas, maka kita perlukan paip yang lebih lebar.
Revolusi Broadband ini adalah mengenai peningkatan dalam perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna melalui internet. Ia menjanjikan perkembangan yang pesat dalam dunia hiburan dan komunikasi, di samping menggalakkan lagi e-dagang.

 

Apa kelebihannya?


Dengan menggunakan broadband, kita kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak �download� bahan. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.
Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit.
Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi. Sebagai pelajar di alaf baru ini, kita seharunsnya memanfaatkan kemudahan yang diberikan dan bukannya bersikap seperti �Katak di bawah tempurung.�
Anda mungkin terfikir, �saya bukanya pelajar Sains Komputer, saya pelajar... Jadi untuk apa saya perlu runsing hal-hal ini?�
Perlu kita sedar, bahawa maklumat yang diperolehi melalui teknologi ini, bukan sahaja untuk bekerja. Hiburan, on-line gaming, download grafik, muzik dan banyak lagi akiviti yang saya tahu anda juga minati boleh dimanfaatkan dengan sepenuhnya jika anda sedar fungsi dan �rahsia� di sebalik aktiviti ini.
Sudah tentunya anda tidak perlu mengambil tahu jika anda tidak berminat, tetapi dengan menambah lagi ilmu pengetahuan, kita akan maju kehadapan, selaras dengan masa.

1 comment:

Anonymous said...

Beruk band...
ku pernah menggunakanmu..