Menariknya, Mohamad Maulidul Sharif Esomuddin yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Raya, di sini, tidak berasa sakit jika disengat ikan berbisa itu selain mampu menangkap ikan keli dengan hanya menggunakan tangan.
Mohamad Maulidul berkata, minat terhadap ikan keli diwarisi daripada bapanya yang menternak ikan itu sejak 15 tahun lalu dan selalu menemani bapa ke kolam ternakan ketika berusia empat tahun.
Namun, selepas mendapat tunjuk ajar bapanya Mohamad kini mampu menangkap ikan keli dengan hanya menggunakan tangan dan tahan disengat.
"Saya suka bermain ikan keli walaupun mempunyai sengat berbisa. Kalau datang ke kolam ini, saya rasa tidak puas jika tidak memegangnya.
"Dulu saya berasa sakit jika disengat. Namun, kini saya langsung tidak berasa sakit dan takut untuk menangkap ikan ini menggunakan tangan," katanya ketika ditemui Berita Harian di sini, semalam.
Sementara itu, bapanya, Esomudin Idris yang juga seorang tenaga pengajar kursus penternakan ikan keli, berkata dia mengesan keberanian anaknya itu selepas melihat Mohamad Maulidul Sharif turun ke kolam seorang diri dan menangkap ikan keli.
Beliau berkata, ketika mengajar peserta kursus, anaknya turut sama mendengar taklimat dan turut melakukan aktiviti yang diajar kepada setiap peserta.
"Saya sendiri kagum dengan kebolehan luar biasa yang dimiliki anak saya. Ikan keli ini tidak akan bergerak apabila dia menangkapnya.
"Ramai peserta dewasa yang hadir berkursus di sini tidak mampu untuk menandinginya.
"Ketika berusia lima tahun, saya melatihnya berenang dan dalam tempoh yang singkat dia sudah boleh berenang.
"Dia cepat belajar dan tidak takut pada cabaran," katanya yang turut melatih anaknya mempelajari tomoi sejak berusia lima tahun.
Esomuddin berkata, Mohamad Maulidul Sharif adalah pelajar yang aktif di sekolah dan juga mampu menjadi imam untuk rakan pelajarnya.
"Untuk memelihara ikan keli perlu ada kasih sayang dan anaknya mempunyai sifat berkenaan.
"Apa yang saya lakukan ini sebagai bekalan untuk dirinya pada masa depan," katanya.
Berita Harian
Wah Wah Wah... BandarKu Ni,,, PENDANG, KEDAH
No comments:
Post a Comment