Wednesday, November 04, 2009

Alat Sulit Ditusuk Berus Gigi

MELAKA: Hasrat seorang pelajar perempuan untuk menjalani pemulihan selepas ditahan sementara di sebuah sekolah pemulihan akhlak di negeri ini bertukar igauan ngeri yang mungkin tidak dilupakan sehingga akhir hayatnya.

Ini kerana, pelajar berkenaan bukan saja terpaksa melalui perbuatan buli melampau dipukul tiga rakan perempuan di asrama sekolah terbabit, malah lebih dahsyat kemaluannya dmasukkan berus gigi secara paksa.

Tidak tahan dengan perbuatan kejam rakan seasramanya itu, mangsa akhirnya membuat laporan di Balai Polis Batang Tiga kira-kira jam 9 malam pada Ahad lalu berhubung kejadian itu yang didakwa berlaku pada Oktober lalu.

Hasil laporan dibuat mangsa, sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah melakukan siasatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, berkata hasil siasatan mendapati pelajar berusia 15 tahun itu ditahan di sekolah pemulihan akhlak berkenaan pada Oktober lalu atas arahan mahkamah selama dua tahun.

“Berdasarkan laporan, mangsa mendakwa antara lain dipukul pelajar perempuan terbabit serta kemaluannya juga didakwa dimasukkan objek secara paksa.

“Berikutan itu, pihak polis menahan tiga pelajar perempuan berusia antara 14 hingga 16 tahun terbabit pada malam tadi (kelmarin) bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat mangsa.

“Kami menyiasat kes ini mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan bagi perbuatan memasukkan objek ke dalam kemaluan tanpa kerelaan dan Seksyen 323 kanun sama kerana kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Ahmad Wan Abas.

Salehhudin berkata, mangsa sudah dihantar menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Melaka (HM) pada malam laporan dibuat.


Harian Metro


 APA KEJADAHNYA PEREMPUAN MACAM TU ? BULI IKUT SUKA DIA AJA..

No comments: