Wednesday, November 04, 2009

Dua pemandu lori maut dalam kemalangan

IPOH: Dua pemandu lori terbunuh apabila kenderaan yang mereka pandu terbabit dalam kemalangan di Kilimeter 54 Jalan Ipoh-Cameron Highlands

dekat Keramat Pulai di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, yang terbunuh dalam kejadian jam 9.30 malam itu ialah S.Rajenthrian, 44, berasal dari Cameron Highlands dan Abdullah Yahya, 47, dari Kuala Kedah, Kedah.

"Kedua-duanya mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat," katanya.

Azisman berkata, kejadian itu berlaku ketika lori yang dipandu Rajenthrian dalam perjalanan dari Ipoh ke Cameron Highlands terbabas lalu memasuki laluan kanan dan bertembung dengan lori yang dipandu Abdullah.

Akibat kejadian kedua-dua kenderaan itu remuk di bahagian depan dan kedua-dua mangsa yang tersepit di celah kenderaan.-Bernama

Harian Metro

HARI-HARI KEMALANGAN KAN. BAGAIMANA KALAU TARGET SEHARI TIADA KEMALANGAN ?

No comments: