Wednesday, November 04, 2009

Hantar teman wanita ke hotel lepas mengadu ‘tak sedap badan’

MELAKA: Tindakan seorang lelaki menghantar teman wanitanya yang sakit ke hotel akhirnya mengundang padah apabila mereka dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), semalam.

Kejadian jam 3.40 petang itu membabitkan wanita berusia 33 tahun dan lelaki berusia 47 tahun yang berkurung di sebuah bilik hotel bajet di Plaza Melaka Sentral, dekat sini.

Sebelum ditahan, kira-kira jam 9 pagi pasangan terbabit bersiar-siar serta sempat berkaraoke di Melaka Sentral, tetapi wanita terbabit mengadu tidak sedap badan selepas itu.

Bagaimanapun, wanita berkenaan bukan dihantar ke rumahnya yang hanya tidak sampai satu kilometer dari Melaka Sentral sebaliknya ke sebuah hotel.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata ketika ditahan lelaki berkenaan memberi alasan dia masuk ke bilik berkenaan hanya untuk menghantar makanan dan ketika itu dia mendakwa sedang menghisap rokok.

Katanya, lelaki terbabit turut menyatakan dia mendaftarkan masuk bilik berkenaan tiga jam sebelum bilik berkenaan diserbu.

“Selepas wanita terbabit masuk ke bilik, dia (lelaki itu) mendakwa terus ke bangunan Graha Maju untuk menyelesaikan urusannya dan hanya kembali untuk membawa makanan,” katanya.

Rahimin berkata, ketika pemeriksaan di bilik berkenaan, anggota penguat kuasa menemui makanan dan kedua-dua mereka turut berpakaian lengkap.

“Siasatan lanjut mendapati lelaki yang juga bapa kepada enam anak itu kini dalam proses perceraian dengan isterinya dan sudah berkenalan dengan teman wanitanya yang juga pekerja industri sejak dua tahun lalu,” katanya.

Harian Metro

MACAM-MACAM ALASAN!!!

No comments: