|
|
Namun, kira-kira 10 minit mereka tidak timbul.
Saya dan kawan-kawan cuba cari tetapi cuma jumpa Saiful,
Muzani tidak jumpa."
Demikian kata Mohd. Syafiq Zulkifli, 11, mengenai kejadian lemas yang meragut nyawa seorang kanak-kanak, Muzani Mohd.
Yusoff, 6, di tali air Kampung Luar Teluk Bagan di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, adik Mohd. Syafiq, Mohd. Saiful, 9, turut lemas, namun sempat diselamatkan oleh mereka selain dibantu orang kampung.
|
|
Mohd. Syafiq memberitahu, dia bersama Muzani, Mohd. Saiful serta seorang kawan berusia 14 tahun dan tiga yang lain berusia 11 tahun dari Taman Samudera tiba di tali air itu kira-kira pukul 3 petang untuk mandi dan bermain di situ.
"Selepas sejam mandi, mereka lawan menyelam sementara seorang lagi rakan hanya tengok. Saya serta dua lagi rakan berada di atas titi.
"Setelah puas mencari Muzani yang tidak timbul, orang kampung yang kebetulan lalu memberi pertolongan," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Dalam pada itu, seorang penduduk kampung, Amirul Abdullah, 15, memberitahu dia mengetahui kejadian lemas itu menerusi sepupunya sebelum bergegas ke situ.
Sumber : Kosmo Online
BUAT PENGETAHUAN ANDA SEMUA, KEJADIAN LEMAS INI BERLAKU DI KAMPUNG MERTUA KU DI TELUK BAGAN, TANDOP.
MENURUT SUMBER LAIN, MUZANI LEMAS DAN KAWAN-KAWANNYA TAKUT UNTUK MEMBERITAHU ORANG KAMPUNG. TAKUT ORANG KAMPUNG MARAH MEREKA.....
ITULAH CERITA YANG AKU DENGAR... BUDAK-BUDAK YANG MANDI DI SUNGAI TERSEBUT BUKAN DARI KAMPUNG YANG SAMA.
No comments:
Post a Comment