Tuesday, December 01, 2009

Siapakah Kita ?



Sumber : Email Yahoo Group

RENUNGKAN..
ADAKAH KITA SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR DI ATAS ????

1 comment:

Anonymous said...

[SYAMSYUN84] Siapakah Kita ?
...
From: zulkiflee.sulaiman...

Salam.....

Bila melihat gambar dibawah teringat saya beberapa perkara dalam pelajaran tasauf iaitu maqam ikhlas dan kategorinya. Manusia ni boleh dibahagikan kepada 3 kategori :

1) Maqom Mubtadi

Disini hamba yang beribadat dalam solat tidak ikhlas dan tidak khusuk dalam solatnya. Hatinya merawang kepada perkara-perkara lain umpamanya kerana terasa lapar, hatinya terbayang makanan dan sibuk pula nak marahkan nyamuk kerana terasa terganggu dalam solatnya. Yang lebih parah solatnya untuk ditunjuk-tunjuk pada bakal mertua atau isteri yang ia lelaki soleh. Solatnya tiada disertai dengan hati yakni solat zahir sahaja dalam perbuatan iktidal, rukuk, sujud dan seterusnya.Solat kategori ni termasuk dalam syirik
kerana menyekutukan Allah swt dalam solatnya.

2) Maqom Mutawassith

Hamba yang ni pulak cuba sebaik mungkin untuk mengikhlaskan diri dalam solatnya namun ia mahukan balasan atau imbalan hasil keikhlasannya iaitu balasan syurga
dan mohon di jauhi dari neraka. Yang ni pun masih dalam syirik namun syirik yang samar ( halus sangat) kerana Syurga dan Neraka itu hamba Allah juga, maka tidak menghadap Allah semata-mata dan masih mengingati perkara lain iaitu syurga akan menimbulkan kemurkaan Allah jua. Ibarat anda memasuki rumah seseorang lalu terus mencari anak dara didalam nya tanpa mempedulikan orang tuanya. pasti akan mengundang kemarahan tuan rumah.

3) Maqom Muntaha

Maqom ini adalah maqom yang diredhai Allah Azzawajalla kerana sudah sampai peringkat mengenal Nya. DI sini sudah terlepas dari dosa syirik kerana solatnya si hamba
adalah kerana Nya semata-mata. Si hamba sedar dirinya LA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH..... solatnya bukan upaya dirinya, dia sedar dia digerakkan oleh Allah
dengan SIFATNYA yang menjadi pelaku dalam ibadat itu . Maka ibadahnya adalah dari ALLAH kepada ALLAH jua. Dirinya tak wujud, dia FANA dalam wujud ALLAH.

Wallahu a`lam.