Tuesday, December 01, 2009

Maut Dirotan Anak Tiri


SIAH menunjukkan gambar Mohd. Shariff (gambar kecil) dipercayai mati dipukul oleh anaknya dalam satu pergaduhan di Kemaman semalam.


KEMAMAN - Malang buat seorang bapa apabila menemui ajal akibat dirotan anak tirinya dalam satu pergaduhan di Kampung Pengkalan Binjai di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, Mohd. Shariff Othman, 50, dikatakan dipukul selepas menasihati anak tirinya berusia 29 tahun itu supaya mengubah sikap dan mencari kerja untuk menyara hidup.

Menurut jiran mangsa, Shaabdillah Kamaruddin, 49 , mangsa datang ke rumahnya yang terletak berhampiran kira-kira 8.30 malam dan mengadu dia bergaduh dengan suspek di sebatang jalan di kampung itu.

"Ketika itu dia nampak lemah dan memberitahu dia kesakitan akibat dipukul pada tangan kiri dengan rotan oleh anak tirinya.

"Tidak lama selepas itu dia terus rebah dan saya membawanya ke Hospital Kemaman sebelum dia disahkan meninggal dunia," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut isteri mangsa, Siah Mahmud, 56, pada malam itu, suaminya keluar untuk ke rumah rakan di Taman Perumahan Semarak, Binjai untuk membayar hutang berjumlah RM50.

"Saya tak tahu dia bergaduh di luar rumah dengan anak lelaki saya sehinggalah dihubungi jiran (Shaabdillah) yang mengatakan dia pengsan di hadapan rumahnya akibat dipukul," katanya.

Sumber : Kosmo Online

SELALUNYA, BAPAK TIRI DOK BUAT ANAK...
LA NI, ANAK TIRI PULAK BUAT BAPAK.....

No comments: