Thursday, November 26, 2009

Isteri dipaksa kahwin lain


KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan warga Australia kini dilema selepas isteri dikahwininya di Singapura April lalu tanpa restu keluarga akan dikahwinkan dengan pasangan pilihan keluarga mentuanya, Januari ini.

Isterinya, Nadia Abdul Aziz, 25, warga tempatan dan juga pensyarah di sebuah universiti tempatan dikahwini tanpa mendapat restu keluarga mentuanya sekalipun sudah berjumpa untuk memaklumkan hasratnya itu.

Najmalden Mohammad Saide, 36, berkata, kehidupannya lebih tertekan apabila sehingga kini tidak mengetahui khabar berita mengenai isterinya, walaupun beberapa kali menghubungi keluarga mentuanya itu.

Katanya, dia hanya sempat menikmati hidup sebagai suami isteri selama empat hari sebelum dihalang bertemu lagi dengan isterinya itu ketika datang bersama-sama untuk berjumpa mentuanya bagi memaklumkan pernikahan mereka.

“Kami saling menyintai antara satu sama lain dan mengambil keputusan bernikah di Singapura selepas gagal mendapat restu mentua walaupun sudah berjumpa dan menghubunginya,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini semalam.

Beliau berkata, selepas bernikah, dia dan isteri datang berjumpa mentuanya di sini bagi meminta restu, namun dia dihalau manakala isterinya terus dilarang mengikutnya.

“Sejak itu, saya pernah beberapa kali cuba memasuki negara ini bagi berjumpa isteri tetapi gagal sebaliknya saya ditahan di lokap atas alasan cuba mengganggu isteri saya,” katanya yang sering berulang-alik dari Australia ke Malaysia semata-mata untuk berjumpa isterinya itu.

“Baru-baru ini saya dimaklumkan Nadia akan dikahwinkan dengan lelaki pilihan bapanya sedangkan dia adalah isteri saya yang sah. Berikutan itu, saya pada 5 November memfailkan permohonan pengesahan perkahwinan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur,” katanya.

Selain itu, mahkamah juga telah mengeluarkan perintah injuksi menghalang pernikahan isterinya sehingga permohonan pengesahan perkahwinan mereka selesai.

“Pulangkan isteri saya dan restuilah perkahwinan kami kerana saya sayangkannya. Pelbagai cara saya lakukan untuk berbincang secara baik dengan mentua bagi menyelesaikan pertikaian ini namun gagal,” katanya.

Sumber : Harian Metro Online

APA PENDAPAT ANDA DENGAN SITUASI INI???
MACAM GAMBAR CINTA BALQIS DI TV3 KAN.

2 comments:

Anonymous said...

boleh saya tau kesudahan kes ini.. ada tak susulan berita dari laporan ni?

tiara_pearl said...

kes minah ni cm slalu gak kot kua paper..tp yg plg sian kt lady ni and family dia la....ari2 ada terbace paper 15 okt,mahkamah ckp dorg bkn laki bini sbb tak sah...kalo cm2, biala kalau minah ni nk kawen dgn org len pun..yg i dgr dr kwn2 rapat minah ni laa, dia ckp laki ni just nk balas dendam malukan family dia..huhu..aku rase nti minah ni kawen, aku nk mta gmb kawen dia n kua kat paper plak bia dia menggelabah sket..ade gak org jahat smp tahap yg cmni..aib yg bukan sket la..