Thursday, November 26, 2009

Bunyi Aneh Bongkar Rahsia Anak

KUANTAN: Seorang ibu tidak menyangka bunyi ‘aneh’ yang didengar di dalam bilik tidur anak gadisnya membongkar kejadian sebenar apabila menemui seorang lelaki separuh bogel sedang menyorok di belakang almari, di sebuah Felda di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, ibu berusia 40 tahun terbabit secara kebetulan mahu ke bilik anaknya sebelum dia terdengar rengekan mencurigakan menyebabkan dia segera menghampiri pintu bilik anak gadisnya itu.

Bagaimanapun, wanita itu meminta anaknya yang masih menuntut di tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini membuka pintu sebelum membuat pemeriksaan dalam bilik itu.

Wanita itu terkejut apabila menemui seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel di sebalik almari pakaian bilik berkenaan.

Terkejut dengan penemuan kelibat terbabit, wanita itu terus menjerit memanggil suaminya untuk meminta bantuan dalam usaha memberkas lelaki terbabit.

Lelaki berusia 23 tahun dan bekerja sebagai buruh itu kemudian diberkas suami wanita itu sebelum menghubungi polis untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.

Selepas disoal siasat, lelaki itu dipercayai merogol anak gadis wanita terbabit menyebabkan pelajar itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan.

Lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, untuk siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha, ketika dihubungi di sini, mengesahkan mengenai kejadian dan memberitahu pihaknya sedang menunggu laporan perubatan yang dibuat terhadap pelajar berkenaan.

“Polis masih meneruskan siasatan dan akan mengumpul maklumat berhubung kejadian terbabit sementara suspek kini direman di IPD Kuantan,” katanya.


Sumber : Harian Metro Online

KAWAL ANAK PEREMPUAN SAMA OK..... 
DIROGOL ATAU SUKA SAMA SUKA ??

DUNIA LA NI.. MACAM2 BERLAKU....

No comments: