Monday, November 16, 2009

Pelatih ingkar sertai semula PLKN


KUALA LUMPUR - Lebih 2,000 daripada 6,804 pelatih yang gagal menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebelum ini tidak akan dikenakan hukuman penjara atau denda, sebaliknya akan dipanggil semula menyertai program tersebut tidak lama lagi.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, sebahagian pelatih terbabit kini tertakluk di bawah Akta Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2009 yang dikuatkuasakan pada 1 November lalu selepas pihak polis melakukan siasatan dan mengesahkan mereka sebagai NFA atau no further action.

"Berdasarkan arahan Jabatan Peguam Negara, kesemua mereka telah diarah untuk menjalani semula PLKN yang bakal dilakukan secara berperingkat-peringkat.

"Jika ingkar, mereka perlu menjalani hukuman khidmat masyarakat, apa yang pasti walaupun telah menjalani hukuman itu mereka tetap diwajibkan menjalani PLKN," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Abdul Hadi bagaimanapun memberitahu, nasib baki pelatih yang ingkar belum diketahui kerana pihak polis masih menjalankan siasatan dan ia akan diputuskan selepas mendapat arahan pejabat Peguam Negara.

"Sama ada mereka akan dikenakan hukuman penjara dan denda atau menjalani hukuman khidmat masyarakat ia akan diputuskan nanti," ujarnya.

Sumber : Kosmo Online

KEPADA YANG INGKAR KE LATIHAN PLKN TU, PERGILAH... BUKAN LAMA MANA PUN KAN..... 
ADA MASALAH KA KALAU MASUK LATIHAN TU ???

No comments: