Tuesday, November 24, 2009

KDN cadang JPAM, Rela diberi peranan lebih penting




HULU TERENGGANU 24 Nov. — Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan peranan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dikaji semula bagi menarik minat dan penglibatan lebih ramai golongan muda.




Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, peranan lebih penting dan spesifik perlu diberi kepada dua jabatan berkenaan yang dilihat berkebolehan dalam memikul tanggungjawab masing-masing, terutama dalam hal berkaitan bencana dan permasalahan sosial.



"Kita nak menyusun semula kedudukan pasukan itu selaras dengan keperluan dan tuntutan semasa,” katanya kepada pemberita ketika melawat mangsa banjir di Kampung Bukit Tadok di sini hari ini.



Hishammuddin, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, berkata, anggota pasukan keselamatan akan ditambah mengikut keperluan bagi membantu mangsa banjir sekiranya keadaan banjir di negeri itu bertambah buruk. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia Online

LAGI CEPAT LAGI BAGUS

No comments: