Tuesday, November 24, 2009

Henry tinggalkan bola sepak kerana malu?

Henry tinggalkan bola sepak kerana malu?

POSTER yang menunjukkan Henry secara terbuka meminta maaf kepada seluruh rakyat Ireland.




LONDON - Thierry Henry mengakui sudah bersedia untuk bersara daripada karier bola sepak antarabangsa.

Kenyataan penyerang Perancis itu disuarakan selepas dia mencetuskan kontroversi dengan menyentuh bola dengan tangan pada aksi playoff Piala Dunia menentang Ireland baru-baru ini.

Penyerang Barcelona itu kemudiannya dibidas oleh media Perancis serta pemain dan pengurus dari seluruh dunia ekoran insiden tersebut.
Ditanya jika dia tertekan sehingga memaksa bersara daripada pasukan kebangsaan, Henry berkata, "Ya, saya bertanya soalan itu kepada diri saya sendiri.

"Pada hari selepas perlawanan dan selepas itu, saya benar-benar bersendirian.

"Tanpa sokongan keluarga, saya tidak mungkin akan membuat keputusan yang sama. Bagaimanapun, saya sentiasa akan bersaing sehingga penghujung walaupun apa-apa yang berlaku. Anda selalu meminta maaf namun anda tidak akan melupakannya," katanya.

Henry dikecam kerana sengaja menampan bola bagi membolehkan William Gallas menjaringkan gol sekali gus membawa Perancis ke pusingan akhir Piala Dunia tahun depan.

"Ia bukan kali pertama saya fikir untuk bersara. Selepas Piala Dunia 2006, saya terfikir tentang perkara tersebut, namun ia masih terlalu awal.

"Selepas Kejohanan Euro 2008, saya juga berfikiran begitu namun ia ia bukan masa yang sesuai," katanya. - Agensi

Sumber : Kosmo Online

BUKAN HENRY SEORANG GUNA TANGAN, RAMAI LAGI PEMAIN DOK GUNA TANGAN...

No comments: