Tuesday, November 24, 2009

Lapan Tahun Dinodai Bapa

KAJANG: Seorang bapa bernafsu ‘setan’ sanggup menjadikan anak perempuannya sebagai hamba seks sejak lapan tahun lalu walaupun ketika itu anaknya baru berusia enam tahun.

Bagaimanapun, penderitaan dialami kanak-kanak itu akhirnya dibongkar selepas mangsa nekad melaporkan perbuatan bapa kandungnya itu kepada polis pada 18 November lalu.

Difahamkan, kejadian berkenaan pernah diceritakan mangsa kepada ibunya namun wanita itu enggan mempercayainya kerana mendakwa perbuatan keji terbabit tidak dilihatnya sendiri.

Sejak itu, mangsa hanya memendam perasaan dan terpaksa merelakan perbuatan bapanya itu kerana si ibu tidak percaya serta mendakwa mangsa sengaja mereka cerita bagi memburukkan bapanya.

Penderitaan yang ditanggung mangsa itu akhirnya diceritakan kepada kakak sulungnya yang menasihatkan mangsa membuat laporan polis kerana kejadian itu dianggap perbuatan keji dan jijik selain kakaknya pernah menjadi mangsa kerakusan nafsu bapa mereka itu pada 2007.

Menurut sumber polis, susulan laporan itu, polis menahan suspek berusia 38 tahun di rumahnya di Bangi, dekat sini, bagi membantu siasatan, Jumaat lalu.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek mendakwa dia bukan merogol mangsa sebaliknya mangsa sendiri yang kegersangan dan kerap memandangnya dengan perasaan berahi.

“Suspek juga memberitahu dia terpaksa memenuhi kehendak seks mangsa dan tidak pernah memaksa melakukan hubungan kelamin dengannya,” katanya.

Sumber berkenaan berkata, bagaimanapun suspek mengakui yang dia melakukan perbuatan terkutuk itu dan dia kini direman sehingga 26 November depan bagi membantu siasatan.

“Sebelum ini, kakak sulung mangsa yang berusia 16 tahun pernah membuat laporan polis mengatakan dia dirogol bapa sendiri dua tahun lalu.

“Namun atas desakan ahli keluarga yang tidak mahu memanjangkan kes, gadis itu menarik balik laporannya sebelum itu,” katanya.

Bagaimanapun, kali ini kakak mangsa tidak dapat lagi menerima hakikat adiknya pula menjadi mangsa nafsu serakah bapa mereka membuatkan dia nekad menemani adiknya itu membuat laporan.

“Mangsa anak ketiga daripada lima beradik manakala kakaknya yang sulung sudah berhenti sekolah dan kini membantu keluarga dengan menjual ayam goreng,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan penahanan suspek.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro Online

JANGAN BIARKAN IANYA MENJADI MISTERI....
BUAT LAPORAN JIKA ADA BERLAKU PADA DIRI SENDIRI...

No comments: