Sunday, February 28, 2010

Kejar Babi Tapi Jumpa Bom

PENDANG: Sekumpulan pemuda berbangsa Siam yang ghairah mengejar seekor babi hutan sesat ke kampung mereka di Kampung Wat, Paya Mat Inson, di sini, petang semalam, terkejut apabila menemui sebutir bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua.

Penduduk, Boon Sis Densing, 40-an, berkata tertera perkataan MK-15 pada bom itu yang berkemungkinan nama letupan berkenaan yang ditemui kira-kira jam 2 petang semalam.


Menurutnya, bom itu dipercayai digugurkan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua tetapi tidak meletup.


“Kami kemudian menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang yang kemudian meminta bantuan Balai Polis Bukit Jenun yang terletak berhampiran.


“Bagaimanapun, pihak berkuasa meminta penduduk tidak bertindak sebarangan apabila ada yang secara sukarela ingin membawa bom itu dengan motosikal ke balai polis kerana bimbang bom berkenaan masih hidup.


“Sehubungan itu, bom berkenaan diletakkan di kawasan ia ditemui sehingga dua anggota polis daripada Bukit Jenun tiba kira-kira jam 3.30 petang tadi (semalam),” katanya.


Difahamkan, Unit Pemusnah Bom dihubungi berhubung penemuan itu dan tindakan susulan, termasuk keputusan sama ada untuk meletup atau tindakan lain, akan diambil selepas unit berkenaan meneliti bom itu.

Sumber : Harian Metro Online

Wah..... Femesnya Daerah Ku... Ada BOM ??

Malaysia 1 - 0 Yaman


BADDROL Bakhtiar (biru) diasak pemain Yaman, Khaled Hasan dalam saingan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.


MALAYSIA meraih kemenangan pertama pada 2010 dengan menewaskan Yaman 1-0 dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi sebagai persiapan menghadapi dua misi utama, tahun ini.

Baddrol Bakhtiar yang lulus ujian kecergasan muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-55, menyerlahkan kepentingannya kepada skuad kebangsaan selepas aksi wiranya pada Sukan Sea Laos.

Skuad negara sebelum ini tewas 1-0 kepada Emiriyah Arab Bersatu pada kelayakan Piala Asia awal Januari dan kejayaan ke atas negara yang berada pada kedudukan ranking dunia lebih baik adalah suntikan bagi persiapan ke arah Sukan Asia (November) dan Piala AFF (Disember).

Daripada lapan pemain baru dipanggil pengendali, K Rajagobal hanya penyerang Terengganu, Mohd Ashaari Samsuddin diberi kepercayaan dalam kesebelasan utama apabila dia membuat penampilan pertama selepas dua tahun.

Jelas ia adalah keputusan tepat apabila Mohd Ashaari menyerlah dengan dua percubaan bahaya selepas benteng negara berjaya menyerap asakan awal Yaman.

Ashaari hampir membuka jaringan minit ke-11 apabila hantaran lintang Baddrol melepasi pertahanan Yaman dengan Ashaari menyelinap masuk sebelum melepaskan rembatan singgah ke palang.

Sumber : Berita Harian Online

TAHNIAH PASUKAN MALAYSIA, PENINGKATAN PASUKAN KEBANGSAAN AMAT KAMI HARAPKAN.....
TINGKATKAN PRESTASI PASUKAN AGAR LEBIH MENYERLAH DALAM PERLAWANAN ANTARABANGSA

Chelsea Aib Di Stamford Bridge


TERRY (kanan) menghulur tangan tapi tidak diendah Bridge (kiri) sebelum perlawanan EPL membabit dua pasukan berkenaan di Stamford Bridge, malam tadi.

Balletti, Ballack dibuang padang; Tevez, Bellamy pemusnah The Blues

LONDON: Wayne Bridge dapat membalas dendam terhadap John Terry apabila Manchester City menjejaskan impian Chelsea yang bermain sembilan orang untuk memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi kemenangan 4-2 di Stamford Bridge, malam tadi.

Selepas memalukan Terry apabila enggan bersalam dengannya sebelum perlawanan bermula, Bridge - yang menarik diri daripada pasukan England ekoran dakwaan skandal Terry dengan bekas teman wanitanya, Vanessa Perroncel - melaksanakan tugas dengan cemerlang.


Kejayaan City itu menyaksikan Chelsea menanggung aib tewas buat kali pertama di gelanggang sendiri selepas 38 perlawanan iaitu sejak Arsenal menang di Stamford Bridge pada November 2008.

Frank Lampard meletakkan pendahulu liga di depan minit ke-42 tetapi Carlos Teves yang tidak mempersia-siakan kesilapan Terry dan penjaga gol, Hilario, menyamakan kedudukan menjelang tamat separuh masa.

Craig Bellamy meletak pelawat di hadapan pada minit ke-51 sebelum Tevez meraih gol keduanya menerusi penalti selepas Juliano Belleti dibuang padang kerana mengasari Gareth Berry pada minit ke-76.

Michael Ballack turut dibuang padang sebelum Bellamy menambah garam pada luka Chelsea menerusi jaringan minit ke-87 sebelum gol Lampard minit ke-90 mengurang derita tuan rumah. – AFP

Keputusan Lain Perlawanan :-

England - Premier League February 27

Chelsea 2 - 4 Manchester C.

Birmingham C. 1 - 0 Wigan Athletic

Bolton W. 1 - 0 Wolverhampton W.

Burnley 1 - 2 Portsmouth

Stoke C. 1 - 3 Arsenal

Sumber : Berita Harian Online & Livescore.Com

KEKALAHAN PERTAMA CHELSEA DI STADIUM SENDIRI......

'Dia Pandai Simpan Rahsia' Syafiah


IBU mangsa, Siti Nor Hanim Aziz (dua dari kanan) tidak dapat menahankesedihan melihat jenazah Syafiah Humaira di rumah datuk kanak-kanak itu di Kuala Kubu Bharu semalam.

HULU SELANGOR - Datuk kepada kanak-kanak berusia tiga tahun yang mati didera, Aziz Shahar, 50, terkilan kerana dia pernah melihat kesan kecederaan pada tubuh cucunya itu tetapi mendiamkan diri kerana tidak menyangka ia kesan dipukul.

Aziz yang tidak akan memaafkan perbuatan kejam suspek mendakwa, kaki dan perut cucunya, Syafiah Humaira Sahari ada kesan luka seperti dicucuh dengan puntung rokok kira-kira dua minggu sebelum kanak-kanak itu mati dipukul lelaki tersebut yang juga kekasih ibunya kelmarin.

"Saya pernah tanya dia (Syafiah) tetapi dia cakap luka terjatuh dalam semak,'' katanya di rumah mayat Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) di sini semalam.

Walaupun curiga, Aziz tidak bertanya hal itu kepada ibu mangsa, Siti Nor Hanim Aziz, 25.




Sumber : Kosmo Online

SEMOGA PESALAH DAPAT HUKUMAN SETIMPAL DENGAN APA YANG DIA LAKUKAN...
KALAU BAGI KAT ORANG AWAM BUAT HUKUMAN, AKU PERCAYA DIA KENA PIJAK SAMPAI MATI!!

Thursday, February 25, 2010

Champion League, 24 Februari 2010

KEPUTUSAN BOLA SEPAK CHAMPION LEAGUE
24 februari 2010


European Cups - Champions League
February 24 

 FTCSKA Moscow1 - 1Sevilla

 FTInter Milan2 - 1Chelsea

Sumber : Livescore.com

CHELSEA KALAH PLAK DAH!!

MEMO terbaru dari HR tahun 2010

MEMO KEPADA SEMUA STAFF (KENA BACA DAN AMAL)




Staff Sekalian,



Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2010, syarikat anda akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-



a. PENGANGKUTAN.



Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.



Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.



Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.



b. CUTI TAHUNAN.



Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.



c. WAKTU LUNCH:



1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.



2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.



3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.



d. CUTI SAKIT:



Mulai 2010 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor, ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.



e. PENGGUNAAN TANDAS:



Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2010 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kamera akan menyala.



Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.



f. PEMBEDAHAN:



Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.



g. PENGGUNAAN INTERNET



Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.



Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama

3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.



Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.



Sekian, terima kasih.

Sumber : Email Yahoo Group
APA TINDAKAN ANDA KALAU DAPAT MEMO MACAM NI??

Tuesday, February 23, 2010

Macam-macam: Lelaki pandang payu dara dulu

GLASGOW: Separuh daripada lelaki di Britain mengaku dalam satu tinjauan bahawa mereka selalu memandang payu dara wanita sebelum melihat wajahnya, lapor akhbar The Scotsman.

Empat daripada 10 lelaki mengakui merenung buah dada sekurang-kurangnya 10 kali sehari.

Tinjauan syarikat pembedahan kosmetik Transform di kalangan wanita pula mendapati, 48 peratus daripada mereka tidak puas hati dengan saiz buah dada mereka dan mahu mengubahnya.

Selain itu, empat daripada sepuluh wanita cemburu dengan ‘aset’ rakan sendiri dan 46 peratus pula mahukan payu dara seperti selebriti terkenal. - Agensi 

Sumber : Berita Harian Online
MACAM-MACAM SERVEY LA NI....

Monday, February 22, 2010

Kualiti Duit Baru RM50

Pastikan anda tidak terbasuh duit RM50 baru. Seorang jurutera di PJ,Yeoh Jit Shiong, 25, telah terendam beg duitnya dalam mesin basuh. Apa yang mengejutkan ialah wang rm50 yang baru dikeluarkan dari mesin ATMnya telah hilang sekelip mata.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah not RM50 baru telah hilang gambar cetakannya termasuk no siri. Yang tertinggal hanyalah benang keselamatan dan watermark sahaja. 
 
 

Manakala wang RM50 lama dan RM10 yang turut tercuci tidak rosak sama sekali.
Jika wang RM50 lama boleh bertahan berada di dalam mesin cuci, mengapa tidak wang RM50 baru , yang seharusnya yang diperbaiki, dan telah di upgrade versinya?
 
 Sumber : Email Yahoo Group

AKU DAPAT ARTIKEL NI DARI EMAIL. BENARKAH WANG RM50 TIADA KUALITI PERCETAKANNYA ?? ADA SESIAPA BERANI TEST BASUH DALAM MESIN BASUH ?