Monday, May 03, 2010

Chelsea Hampiri Gelaran

The Blues benam Liverpool; MU belum sedia serah mahkota

 WIRA Chelsea, Frank Lampard merai jaringannya ketika menentang Liverpool di Stadium Anfield, malam tadi. Gambar kiri, Nani merai jaringannya untuk United ketika menentang Sunderland, malam tadi.


LONDON: Buruan mahkota Liga Perdana Inggeris (EPL) bertambah hangat dan rancak apabila pendahulu, Chelsea dan juara bertahan, Manchester United masing-masing merakamkan kemenangan penting untuk mengheret detik penentuan ke minggu terakhir pada 9 Mei ini.

Dalam perlawanan awal, jaringan Didier Drogba pada minit ke-33 dan dan Frank Lampard, minit ke-54 membantu The Blues membenamkan Liverpool 2-0 di Anfield manakala jaringan tunggal Nani pada babak pertama memberi kemenangan 1-0 untuk United menewaskan Sunderland 1-0, juga di gelanggang lawan.

Pada 9 Mei ini, kemenangan akan pasti mengesahkan gelaran untuk Chelsea yang akan menentang Wigan manakala United perlu banyak berdoa agar barisan didik Carlo Ancelotti tewas dan mereka pula menang mengatasi Stoke City.

Selepas tamat 37 perlawanan, Chelsea kini menghimpun 83 mata manakala United pimpinan Sir Alex Ferguson berada tiga mata di belakang.

Sumber : Berita Harian Online


MAMPUKAH CHELSEA MENANG PIALA EPL TAHUN NI??
BAGI AKU, CHELSEA BOLEH MENANG.....

No comments: