Wednesday, April 21, 2010

Ibu Bapa Jenis Apa Ni ? Buang Bayi Cacat



IPOH: Sepasang suami isteri tergamak meninggalkan anak sulung mereka berusia tidak sampai sebulan di sebuah rumah pertubuhan kebajikan hanya kerana tidak mahu sanak saudara melihat bayi mereka yang dilahirkan tidak sempurna seperti insan lain.

Malah, sejak ditinggalkan kira-kira dua minggu lalu, ibu bapa bayi berkenaan langsung tidak melawatnya dan melepaskan sepenuhnya tanggungjawab mereka kepada pihak pertubuhan untuk menyediakan keperluan bayi malang itu.


Bayi lelaki yang diberi nama Lee Chai Kim itu dilahirkan pada 26 Mac lalu di Hospital Taiping (HT) tanpa mata dan hidung.


Lebih menyedihkan apabila mulut bayi itu mengalami sumbing yang agak kronik hingga menjadikan mukanya seakan terbelah dan berlubang.


Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak Cacat Ipoh (PKKCI), Cheong Kok Leong, berkata bayi berkenaan ditinggalkan di rumah kebajikan berkenaan pada 8 April lalu kira-kira dua minggu selepas dilahirkan.


“Ibu bapa bayi berkenaan memberi alasan tidak mahu neneknya terkejut melihat keadaan fizikal cucunya yang tidak sempurna.


“Sejak itu mereka langsung tidak menjenguknya dan segala keperluan bayi itu disumbangkan oleh orang ramai yang bersimpati dengan nasibnya,” katanya kepada media di sini, semalam.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon meluangkan masa melawat bayi malang itu. 

Sumber : Harian Metro Online
 
TERGAMAK IBUBAPA MEMBUANG BAYI CACAT SEBEGINI.....

No comments: