Thursday, December 17, 2009

4 suspek kes aksi terlampau diberkas

KUALA LIPIS: Polis menahan empat daripada lima lelaki yang disyaki terbabit dalam kes aksi terlampau ke atas seorang remaja berusia 14 tahun di Merapoh, dekat sini, pagi semalam.

Empat remaja berusia antara 15 dan 20 tahun itu ditahan di rumah masing-masing oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kira-kira jam 2 pagi.

Ketika ditahan, semua suspek terbabit tidak sempat melarikan diri kerana sedang nyenyak tidur.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata semua suspek dibawa ke IPD Kuala Lipis untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, katanya, polis masih lagi meneruskan gerakan memburu seorang lagi lelaki yang dipercayai masih bebas turut terbabit dalam perbuatan itu.

"Polis sudah merampas telefon bimbit milik suspek dan siasatan awal mendapati perbuatan jijik itu dirakam menggunakan telefon bimbit salah seorang suspek terbabit dan bukan milik mangsa.
"Pihak polis sedang menjalankan penelitian terhadap rakaman selama dua minit untuk tindakan lanjut," katanya.

Dalam kejadian kelmarin, seorang bapa bertindak membuat laporan polis mengenai kejadian itu selepas melihat rakaman perbuatan aksi seks terlampau membabitkan anaknya dengan lima lelaki.

Perbuatan itu terbongkar apabila salah seorang ahli keluarga gadis berkenaan memeriksa telefon bimbitnya, sebelum melihat aksi seksnya dengan lima lelaki yang dirakam dalam telefon bimbit miliknya, sebelum memaklumkan kepada bapanya

Dalam rakaman itu, gadis terbabit yang bersekolah menengah di sini dilihat melakukan hubungan seks dengan lima lelaki secara bergilir-gilir.


Sumber : Berita Harian Online

APA NAK JADI DENGAN ANAK DARA SEKARANG NI,
IBU BAPA TAK AMBIL TAHU KE TENTANG PERGERAKAN ANAK ??

No comments: