Thursday, November 19, 2009

Tiga kereta ranap tertimbus tanah runtuh


KAJANG - Mungkin disebabkan hujan lebat, kejadian tanah runtuh berlaku di belakang bangunan Blok B rumah pangsa di Taman Cheras Awana menyebabkan tiga buah kereta dan sebuah motosikal tertimbus semalam.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan pada kejadian pukul 2.30 petang itu kerana kebanyakan penduduk keluar bekerja.

Seorang penduduk yang merupakan pemilik dua buah kereta yang tertimbus itu, B. Ravindran, 42, berkata, kejadian tersebut amat mengejutkan kerana ia berlaku secara tiba-tiba.

Kata Ravindran, isterinya yang berada di rumah menghubunginya memaklumkan kejadian tersebut kerana ketika itu, dia berada di tempat kerja.

''Selepas mendengar berita itu, hati saya mula panik dan apabila sampai di rumah, jantung saya seperti hendak jatuh melihat dua buah kereta saya Proton Wira dan Perodua Kancil tertimbus," ceritanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Sumber : Kosmo Online

SESIAPA TINGGAL BERDEKATAN BUKIT, BERHATI-HATI LAH.....
MUNGKIN NASIB TIDAK MENYEBELAHI ANDA...

No comments: