Sunday, November 01, 2009

'Datang ke Madrid'


MADRID: Cristiano Ronaldo mahu bekas rakan sepasukan, Wayne Rooney mengekorinya ke Real Madrid.

Bintang bola sepak bernilai 80 juta pound itu (RM471.2 juta) berkata penyerang Manchester United pasti akan menjadi terkenal andai beraksi bersamanya di Sepanyol.

“Wayne akan menjadi sensasi di sana,” kata Ronaldo. “Saya berpendapat kami boleh mendapatkan khidmat Rooney untuk membantu kami.


“Dia pasti menakjubkan jika dia datang. Ini adalah tempat sempurna bagi pemain terbaik di dunia dan tidak ada sebarang keraguan dia akan menjadi salah satu daripadanya.

“Wayne memiliki semua skil dan tekad yang anda perlukan untuk mencipta kerjaya terbaik di sini. Dia menunjukkan betapa bagusnya dia dalam beberapa tahun kebelakangan ini di England.

“Dan tidak ada keraguan bahawa dia akan menjadi pemain yang sama di Sepanyol. Ia pasti menyeronokkan untuk melihatnya datang ke sini satu hari nanti di Real Madrid.

“United kelab yang bagus untuk dirinya tetapi anda tidak akan tahu apa yang mungkin berlaku di masa akan datang.” - The Sun

No comments: