Sunday, November 01, 2009

Arsenal terus gegar, Liverpool makin gawat


LONDON: Arsenal mengetepikan Tottenham Hotspur, malam tadi ketika dua gol jaringan Robin van Persie memberi inspirasi melakar kemenangan 3-0 mengatasi pencabar berkenaan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, malam tadi.

Chelsea pula terus kekal di persada liga selepas membelasah Bolton 4-0 di tempat lawan dan harus membuat Manchester United tambah resah yang menentang Blackburn Rovers, lewat malam tadi.

Apapun, derita Liverpool berterusan apabila dipalit kecewa menempuh kekalahan kelima, musim ini selepas tewas kepada Fulham, 3-1 di gelanggang lawan - keputusan yang harus mempertikaikan status Rafael Benitez selaku pengendali pasukan.


Arsenal kini melonjak ke kedudukan tempat kedua carta liga hasil kemenangan pertama berdepan Spurs sejak Disember 2007 tetapi ia tampak sementara buat barisan Arsene Wenger jika United menang.

Gol Arsenal adalah sumbangan penyerang Belanda, van Persie yang membuka jaringan minit ke-42 dan 60 manakala kapten Arsenal, Cesc Fabregas menyumbang satu minit ke-43.

Arsenal kini tidak ditewaskan daripada 20 perlawanan liga menentang Spurs. - AFP

No comments: