Sharifah Atikah Syed Fisol, 14, dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Kedah, akibat demam panas pada 13 Oktober lalu.
Dia yang turut menghidap kencing manis diperiksa beberapa doktor pelatih.
Ketika hendak mengambil darahnya untuk ujian, seorang doktor pelatih cuba mengambilnya melalui urat pada tangan tetapi gagal menyebabkan doktor itu mengambil darah di pahanya.
Menurut kakak mangsa, Sharifah Nuzaihan Syed Fisol, 27, selepas beberapa kali doktor pelatih terbabit cuba mengambil darah melalui tangan adiknya gagal kerana mendakwa tidak menemui saluran darah, dia mengambilnya dari paha pula.
“Selepas beberapa jam, kaki adik saya mula kebas dan kemerah-merahan serta timbul bintik-bintik seperti ruam menyebabkan saya panik, namun diberitahu ia kesan biasa akibat pengambilan darah dari bahagian itu.
“Selain itu, dia mendakwa kesan berkenaan perkara normal bagi penghidap kencing manis,” katanya ketika ditemui, semalam.
Namun, kesan itu bertukar lebam menyebabkan adiknya tidak boleh berdiri menyebabkan dia mengadu kepada kakitangan yang merawat adiknya, namun tidak diendahkan.
“Selepas lima hari, seorang doktor pakar melawat adik saya dan terkejut melihat keadaan kakinya yang bengkak dan lebam lalu mengarahkan dia dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.
“Lebih mengejutkan, setibanya di HKL, kami dimaklumkan kaki adik saya sudah terlewat untuk diselamatkan kerana saluran darahnya tersumbat dan perlu dipotong sehingga ke lutut. Ini kerana jika dibiarkan dia berisiko tinggi mendapat jangkitan kuman yang serius sehingga boleh membawa maut,” katanya.
Akur nasihat doktor, adiknya menjalani pembedahan memotong bahagian itu kira-kira dua minggu lalu.
“Kini, adik sering termenung dan menangis kerana kehilangan anggota badannya sedangkan dia seorang yang aktif.
“Ini memberi tekanan kepada kami sekeluarga dan tindakan saman akan diambil terhadap kecuaian HSAH mengakibatkan masa depan adik gelap,” katanya yang membuat laporan polis di Sungai Petani.
Sumber : Harian Metro Online
APA TINDAKAN ANDA JIKA BERLAKU BEGINI?????
SALAHKAN PIHAK HOSPITAL ATAU SALAHKAN DOKTOR PELATIH ITU SENDIRI????
No comments:
Post a Comment