Tuesday, November 24, 2009

'Tiada maaf bagimu Chin Peng'


BEBERAPA bekas komando menunjukkan kaki serta tangan mereka yang kudung ketika mempertahankan negara daripada ancaman keganasan Komunis di Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Tiada ungkapan yang layak ditujukan kepada mana-mana pihak yang bercadang untuk membawa pulang bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng (gambar kecil) ke negara ini melainkan mereka juga mempunyai jiwa Komunis.

Apa tidaknya, cadangan tersebut bukan sahaja akan melukakan hati anggota-anggota keselamatan seperti polis dan tentera malah mereka juga pasti mempunyai agenda tersembunyi di sebalik kenyataan-kenyataan itu.

Cuba bayangkan, jika Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua, 85, mati dan jasadnya disemadikan di kampung halamannya di Setiawan, Perak, sudah pasti ia akan menjadi satu monumen yang akan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dengan mengatakan ia adalah kubur seorang pejuang yang patut disanjung.

Mengulas mengenai isu tersebut, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani hanya memerlukan kepada tiga perkataan sahaja iaitu 'tiada maaf bagimu.'

"Perbuatan Chin Peng telah menyebabkan negara kita terlambat untuk berdaya saing dan mencapai ke arah kemajuan pembangunan, ekonomi dan sosial," katanya ketika dihubungi di Mekah semalam.

Sumber : Kosmo Online

PENDAPAT ANDA TENTANG CHIN PENG INGIN DATANG KE MALAYSIA.....
BUNUH DIA ?? SEKAT DIA ?? PROTES DIA ?? DEMONTRASI ???

Peluang Skuad-B23 Tamatkan Kemarau




TIDAK keterlaluan jika dikatakan bahawa inilah barisan terbaik skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan untuk menamatkan kemarau 20 tahun tanpa kilauan pingat emas dalam acara bola sepak pada temasya Sukan SEA.

Kali terakhir skuad bola sepak meraih pingat emas ialah pada Sukan SEA 1989 yang berlangsung di Kuala Lumpur dan mereka hampir menamatkan kemarau itu pada Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur tetapi tewas kepada Thailand pada perlawanan akhir.

Dua edisi berikutnya pada 2003 dan 2005, Malaysia sekadar meraih pingat gangsa tetapi pencapaian lebih teruk dialami selepas itu apabila skuad B-23 negara pulang tanpa sebarang pingat pada temasya di Korat, Thailand pada 2007.

Kini Vientiane, Laos bakal menjadi medan buat skuad B-23 negara menamatkan kemarau 20 tahun itu atau sekurang-kurangnya membawa pulang sebutir pingat seperti dititahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah kelmarin.

Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal berkata, sasaran awal ialah memastikan skuad kendaliannya itu berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan untuk muncul dua pasukan teratas layak ke separuh akhir.

"Kami diletak dalam Kumpulan A. Thailand dan Vietnam saya anggap sebagai pasukan yang bakal memberi rintangan kuat manakala dua lagi pasukan, Timor Leste dan Kemboja juga kita tidak boleh pandang mudah.
"Tapi perlawanan pertama bertemu Timor Leste pada 2 Disember depan cukup penting untuk kita mendapat keyakinan dan saya mahu tiga mata penuh diraih pada perlawanan itu," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.


SKUAD B-23 yang dipertanggungjawabkan untuk membawa pulang pingat dari Laos.


Hanya 20 pemain B-23 negara bakal terbang ke Vientiane Isnin depan dengan menaiki pesawat Charlie milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Rajagobal mempunyai empat lagi kekosongan yang akan menjadi perebutan barisan pelatihnya itu.

"Daripada 25 pelatih ketika ini, saya sudah ada bayangan untuk slot 16 pemain. Baki empat lagi slot, saya akan umumkan selepas aksi persahabatan menentang Maldives pada Khamis ini.

"Perlawanan ujian itu medan terbaik untuk saya menilai beberapa pemain yang baru pulih daripada kecederaan seperti Asraruddin Putra Omar, Azmi Muslim, Farderin Kadir dan Abd. Manaf Mamat," jelas Rajagobal.

Sementara itu, Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Laos, Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz berkata, secara peribadinya dia tetap berharap skuad bola sepak negara itu dapat membawa pulang pingat emas daripada Vientiane nanti.



"Sesiapa pun mampu untuk meraih pingat emas. Sikap itu yang saya mahukan. Jika 100 peratus usaha diberikan, peluang untuk menjadi juara tetap ada. Semua pemain kena ada sikap untuk menang.

"Kita anggap Sukan SEA ini sebagai langkah pertama untuk skuad bola sepak negara kembali mencapai kecemerlangan di peringkat antarabangsa. Saya yakin dengan barisan muda negara ini," katanya ketika melawat latihan skuad B-23 negara petang semalam sambil ditemani Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.





Sumber : Kosmo Online

PENDAPAT ANDA, BAGAIMANA PERSIAPAN SKUAD B-23 NI???
BOLEH KAH EMAS DIBAWA PULANG??

Sunday, November 22, 2009

Awas Puting Bayi!!

Awas puting bayi!


PENGGUNAAN puting bayi perlu dielakkan sejak peringkat awal lagi.


ADAKAH anak anda menggunakan puting bayi? Jika ya, anda mungkin perlu menghadapi kenyataan yang pahit hasil penemuan terkini bidang perubatan.

Kanak-kanak yang menggunakan puting bayi sebenarnya berisiko tiga kali ganda menghadapi kesukaran bercakap ketika usia mereka menjelang dewasa kelak.

Kajian saintis mendapati kanak-kanak prasekolah yang menggunakan puting bayi sekurang-kurangnya selama tiga tahun lebih cenderung mempunyai kesukaran membuat ucapan berbanding kanak-kanak yang langsung tidak menggunakan alat tersebut.

Penyelidikan tersebut turut membuktikan kanak-kanak yang menghisap jari juga menghadapi risiko lambat bercakap.

Kajian yang dijalankan sebelum ini oleh The American and Chilean adalah bagi mengetahui hubung kait antara tabiat suka menghisap ibu jari, penyusuan ibu dan penggunaan puting bayi bagi menenangkan bayi terhadap 128 orang kanak-kanak yang berumur antara tiga hingga lima tahun.

Mereka juga menggunakan ujian linguistik bagi mengenal pasti tahap normal perkembangan kebolehan bertutur dalam kalangan kanak-kanak tersebut terutama yang melibatkan sebutan dan bunyi huruf.

Menurut ketua penyelidik dari Universiti Washington, Dr. Clarita Barbosa, kanak-kanak yang menghisap jari, ibu jari atau puting bayi untuk tempoh sekurang-kurangnya selama tiga tahun akan mengalami gangguan dari segi perkembangan bahasa dan pertuturan sehingga tiga kali ganda.

BOTOL susu juga berupaya mengganggu perkembangan kanak-kanak.


Berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu sehingga mencecah usia sembilan bulan dan langsung tidak menggunakan botol susu, risiko terhadap mereka amat rendah.

"Hasil ujian ini menjelaskan bahawa lebih lama penggunaan puting bayi, kesukaran untuk bertutur akan semakin meningkat," jelas Barbosa.

Tambahnya, walaupun keputusan ini memerlukan bukti yang lebih mendalam terutama melibatkan jangka masa penyusuan ibu, orang ramai harus melihatnya sebagai langkah berjaga-jaga.

Perdebatan mengenai penggunaan puting bayi tersebut telah lama merunsingkan ibu bapa kerana sesetengah kanak-kanak amat selesa menggunakan puting tersebut bagi menenangkannya.

Doktor gigi bagaimanapun berkata, penggunaan puting bayi pada keadaan tertentu berupaya mengubah pembentukan gigi apabila digunakan terlalu lama.

Kajian itu dilakukan oleh sebuah pasukan dari de Rehabilitacion Club De Leones Cruz del Sur dan Universiti Washington. Ia diterbitkan dalam jurnal BMC Paediatrics.

AMALAN menggunakan puting bayi boleh mengakibatkan gejala kerosakan gigi pada kanak-kanak. - Gambar hiasan


Penggunaan secara berlebihan
Penggunaan puting bayi secara berlebihan, secara salah atau terlalu lama sehingga melangkaui zaman persekolahan boleh membawa kepada masalah mulut dan gigi.

Gejala-gejalanya ialah:

* Gigi beralih posisi - Gigi tertolak ke depan menyebabkan gigi bawah dan atas bahagian depan tidak bertemu dengan baik.

* Kerosakan gigi (bahagian depan) - Berlaku jika puting bayi dicelup ke dalam bahan manis sebelum dihisap.

* Bernafas melalui mulut - Anak anda mungkin akan lebih cenderung untuk bernafas melalui mulut berbanding hidung. Keadaan ini boleh menyebabkan anak mengalami masalah air liur meleleh berpanjangan.

* Masalah pertuturan dan bahasa - Anak anda mungkin tidak dapat menggunakan sepenuhnya pergerakan lidah yang diperlukan untuk menghasilkan semua sebutan dan peluang mereka mungkin lebih tipis untuk menggunakan bunyi bagi tujuan berkomunikasi.

* Menggalakkan anak berhenti menggunakannya - Kebanyakan kanak-kanak berhenti menghisap puting bayi, jari atau ibu jari pada umur antara dua dan empat tahun. Bagaimanapun, menghisapnya terlalu lama melebihi enam atau tujuh tahun (ketika gigi kekal sedang tumbuh) boleh mengakibatkan masalah gigi dan mulut.

Sumber : Kosmo Online

KESIHATAN BAYI PERLU DIJAGA..

Kerajaan Cuba tawar bedah zakar percuma


SEORANG doktor sedang melakukan pembedahan di sebuah hospital di Hanoi, Vietnam. - Gambar hiasan


HAVANA - Kerajaan Cuba menawarkan perkhidmatan memasukkan implan zakar secara percuma bagi rakyat negara itu yang menderita penyakit mati pucuk, lapor akhbar Juventud Rebelde kelmarin.

Menurut akhbar tersebut, tawaran itu merupakan sebahagian daripada program kerajaan yang akan diluaskan ke seluruh negara.

Menurut pakar urologi Cuba, Dr. Juan Carlos Yip, semua lelaki di negara itu layak menjalani pembedahan implan tersebut.

"Ia akan dilakukan terhadap pesakit yang menghidap penyakit seksual setelah rawatan secara biasa tidak mampu menyelesaikan masalah yang mereka alami," kata Yip.

Jelas beliau, lelaki berumur lebih 40 tahun dengan penyakit diabetes atau masalah peredaran darah dijangka menjadi kumpulan pertama menerima implan tersebut.
- Agensi

Sumber : Kosmo Online

SIAPA SAKIT, NAK RAWATAN PERCUMA ???

FIFA gantung keahlian IFA : KERANA POLITIK


BERNE - Juara Asia, Iraq telah digantung daripada sebarang perlawanan antarabangsa berikutan campur tangan politik dalam Persatuan Bola Sepak Iraq (IFA).

"Jawatankuasa Kecemasan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah membuat keputusan untuk menggantung IFA atas kesalahan campur tangan pihak kerajaan negara itu," kata FIFA dalam satu kenyataan semalam.

Tindakan FIFA itu sekali gus menyebabkan Iraq tidak dibenarkan untuk beraksi dalam mana-mana perlawanan sama ada persahabatan mahu pun kompetitif.

Kelab-kelab dari negara itu juga digantung daripada beraksi.


Awal minggu ini, FIFA dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Olimpik Iraq telah membatalkan penggantungan IFA sehingga menyebabkan badan induk bola sepak dunia itu menggantung keahlian IFA. - Reuters

Sumber : Kosmo Online

BAGAIMANA MALAYSIA, ADA CAMPURTANGAN POLITIK ????

KAFA 'sumbang' RM2.4j

KAFA 'sumbang' RM2.4j


ANNUAR (tengah) dan jurulatih B. Sathianathan (empat dari kiri) bergambar bersama pemain-pemain baru Kelantan pada sidang media di Kota Bharu semalam.


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) 'menyumbang' kira-kira RM2.4 juta kepada Persatuan Bola Sepak Malay- sia (FAM) sepanjang Liga Malaysia musim ini.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, sumbangan itu diperoleh FAM melalui pungutan jualan tiket, bayaran levi selain bayaran denda yang dikenakan ke atas KAFA sepanjang perlawanan musim ini.

Beliau berkata, pada musim ini, KAFA membayar denda RM250,000 kepada FAM setelah didapati bersalah akibat perbuatan penonton Kelantan yang merusuh pada perlawanan separuh akhir Piala FA, April lalu.

FAM turut mengenakan denda sebanyak RM50,000 ekoran keganasan yang dicetuskan penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 7 November lalu.

"Senario ini memperlihatkan KAFA satu-satunya pasukan yang paling tinggi memberi sumbangan kepada FAM melalui pelbagai hasil dalam bola sepak di negara ini," katanya pada majlis memperkenalkan 25 pemain Kelantan bagi musim 2010 di Kelantan Trade Center (KTC), Kota Bharu semalam.

Annuar berkata, hasil kutipan jualan tiket tertinggi pula diperoleh menerusi jualan tiket pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan 7 November lepas iaitu sebanyak RM1.1 juta.

Tambah Annuar, dalam mesyuarat KAFA semalam, pihaknya juga mengambil keputusan tidak akan membuat rayuan terhadap hukuman denda sebanyak RM50,000 yang dikenakan oleh FAM baru-baru ini.

Dalam pada itu, Annuar memberi jaminan KAFA akan menaikkan gaji atau elaun barisan pemain dan pengurusan KAFA pada musim akan datang.

"Saya mahu mengumumkan gaji kesemua pemain Kelantan yang beraksi dengan skuad ini pada musim lalu dinaikkan pada musim depan," kata Annuar yang tidak menyatakan jumlah kenaikan gaji pemain Kelan- tan itu.

Beliau berkata, kenaikan gaji itu diharapkan dapat meningkatkan semangat pemain beraksi lebih cemerlang pada musim depan.

Bagi musim 2010, KAFA mengekalkan 19 pemain musim ini dan menggugurkan penjaga gol berpengalaman, Halim Napi dan penyerang Khalid Jamlus.

Pemain baru skuad Wira Merah itu terdiri daripada penjaga gol kebangsaan, Syed Adney Syed Hussein, Azizi Mat Rose, S. Subramaniam, Shakir Shaari, Nor Sharul Idlan Talaha, Akmal Rizal Rakhli dan S. Chanturu.

Sumber : Kosmo Online

BOLEH KE KELANTAN BAWA PULANG SEKURANG-KURANGNYA 1 PIALA KE NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG ????

Menjejak Lina Hazlina

Assalamu'alaikum.....


PERHATIAN!!
Di bawah disiarkan forwarded message untuk perhatian/tindakan anda.

Malang tak berbau. Kerana tidak berhati2 dan cuai, saya yang biasanya tidak bertindakbalas terhadap fraud email akhirnya terpedaya. Saya sebenarnya tahu bahawa pihak maybank tidak akan menggunakan email sebagai media komunikasinya tetapi bagaimana saya boleh terpedaya, hanya Allah yg tahu. Mudah2an ada hikmahnya semua ini terjadi.

Kisahnya pada 18 nov 2009 ,saya terima satu email drpd "Maybank" dengan tajuk "account problem'. Saya tak hiraukan. Oleh kerana saya sudah menggunakan Maybank2u sejak ianya mula beroperasi lagi, tak pernah ada masalah pun. Lagi pun saya tak ada transaksi yg perlu dibuat minggu ini.Saya tak ambil kesah email ini.

Pada 19 nov 2009 dapat lagi satu email yg sama ditambah 'warning' pada tajuknya. Kebetulan ada pihak yg nak masukkan RM2500 tunai. Saya pun risau jika tidak ambil tindakan, mungkin saya tak boleh akses akaun saya. Lalu klik pada URL yg diberi dalam email tersebut. Terus saya dipandu ke satu skrin yg sama seperti Maybank yg biasa saya guna. Saya di'arah' memasukkan id dan password untuk reactivate account.Selepas itu saya diarahkan oleh 'sistem' untuk tidak mengakses akaun melalui internet sehingga jam 5 ptg.Kerana terlalu percayakan maybank saya lupa untuk menalipon mereka terlebih dahulu. Alangkah cuainya saya. Ini satu pengajaran buat saya dan kepada pembaca posting ini.

Tak lama selepas itu saya terima SMS dari maybank menunjukkan ada pindahan wang RM2500 dan RM800. Oleh kerana saya akan sibuk hari itu, saya fikir RM2500 adalah pindahan dari keluarga saya dan RM800 dari pihak koperasi saya. Hari ini 20 nov 2009 , saya memang sudah rancang untuk membuat beberapa transaksi termasuk membayar bil2.

Alangkah terkejutnya bila saya mengakses akaun melalui www.maybank2u. com.my, pada jam 12.15 tenghari, akaun saya sudah susut sebanyak Rm3300. Ada dua transaksi pindahan berlaku pada 19 nov 2009. Malah selepas menyemak transaksai akaun , saya cuba untuk mengakses URL yg diberi dalam fraud email. Malangnya semua pautan yg di beri , memberikan respon "“the page you’re looking for wasn’t found “ . maknanya mereka sudah delete program yg direka khas untuk 'mengumpan' pengguna.

Memandangkan hari ini Jumaat, saya terpaksa tunggu lepas solat Jummat untuk ambil tindakan . Selepas solat zohor saya hajat. Kemudian menghubungi 'customer service' maybank. Seperti yg dijangka pihak maybank kesal dengan kecuaian saya tidak menghubungi mereka dan percaya dengan email tersebut. Saya akui kecuaian saya. Pihak Maybank mengarahkan saya menukar kad ATM dan mereka mem'block' akaun internet saya. dan saya juga perlu buat laporan polis.

Melalui kemudahan M2uhistory saya dapat menjejak transaksi pada 19 nov 2009 dimana dua pindahan telah dibuat.. RM2500 dari akaun simpanan dan RM800 daripada akaun semasa. Pindahan telah dibuat kepada penama Lina Hazlina binti A (paparan skrin tak lengkap) nombor akaun Maybank 114236267361. Saya harap ada sesiapa yg dapat bantu saya menjejak Lina Hazlina ini selain pihak maybank yang tentunya akan dapat menjejaki maklumat beliau kerana beliau ada akaun dengan maybank.

Saya fikir jika beliau pulangkan wang saya, saya tak akan buat repot polis. Kalau saya buat laporan polis mungkin dia masuk penjara . Mana lebih baik? saya ada cari maklumat Lina Hazlina di facebook tapi tak pasti apakah itu orangnya. Jika Lina Hazlina sendiri membaca coretan ini, sila ambil tindakan sebelum saudari ditangkap.
------------ ----(end item)------- --------- --
Sekianlah dan wassalam
Mohd Yusof
 
Sumber : Email Yahoo Group

KEPADA KAWAN-KAWAN, RAKAN-RAKAN DAN SAHABAT SEMUA SEKALI YANG MELAYARI BLOG INI, JIKA ANDA MENGENALI LINA HAZLINA ( A/C MAYBAK : 114236267361 ), SILA HUBUNGI MOHD YUSUF ATAU TINGGALKAN NO TEL ANDA DI DALAM KOMEN DI SINI UNTUK DIHUBUNGI......

JANGAN TERPEDAYA DENGAN EMAIL-EMAIL MENGARUT NI..... 
HUBUNGI BANK-BANK YANG BERKENAAN JIKA ANDA RASA WAS-WAS DENGAN EMAIL DITERIMA....
 
SOALAN : KENAPA TIDAK MINTA ALAMAT LINA HAZLINA INI PADA PIHAK MAYBANK? SEDANGKAN BENDA NI MEMANG 1 PENIPUAN...... ??? 

SAYA TURUT SIMPATI DENGAN NASIB MOHD YUSOF

9 JENis WaNita Yg Jd PerHatian..


1 . SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan,lembut , mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketikasedang stress,cemas, gelisah dan senang.

2 . KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati.Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalny­a kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan
kelakian lelaki,wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3 . PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya.

4 . MENGHARGAI
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dgn wanita yg suka di perlakukan dgn lembut,lelaki suka dihargai ,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5 . MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik,bersih, kemas dan menarik.Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6 . PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.Walau walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif,tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik,serta mengalihkan topik yg agak serius
kepada perbualan yg lebih menarik.

7 . PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki.Wanita tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.Apabila berhadapan dgn suasan yg baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri.Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok
samada di bandar atau di kampung.

8 . MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika.Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9 . SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yg murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib yg susah.Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu.Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yng mulia.Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah dan mempesona.


Sumber : Email Yahoo Group


BAGAIMANA ANDA KAUM WANITA ???