Thursday, November 25, 2010

Najib terima Anugerah Berlian AFC

NAJIB Tun Razak dikalungkan pingat Anugerah Berlian AFC 2010 oleh Mohamed Hammam pada majlis khas di Petaling Jaya, semalam.



PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pengiktirafan Konfederasi Sepak Asia (AFC) selepas menjadi penerima Anugerah Berlian AFC tahun ini, semalam.

Anugerah tersebut diberikan kepada individu yang banyak memberikan sumbangan dalam pembangunan dan promosi sukan bola sepak, di dalam dan luar padang.

Penerima anugerah dipilih oleh Jawatankuasa Eksekutif AFC dan Malam Anugerah Tahunan AFC berlangsung di Hotel Sunway Resort.

Anugerah yang diterima Najib juga berdasarkan sumbangan yang berterusan dan kesetiaan dalam tempoh beberapa tahun atau sumbangan yang memberi impak besar kepada bola sepak Asia.

Najib juga bakal menerima keistimewaan daripada AFC, termasuk jemputan bagi semua pertandingan dan majlis rasmi AFC.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Presiden AFC, Mohamed Hamam yang menghargai sumbangan daripada Najib, sejak beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri sehinggalah menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009.

Sementara itu, dalam ucapannya Perdana Menteri berkata, bola sepak adalah model terbaik kepada perpaduan pelbagai kaum di Malaysia.

Menurut beliau, sukan itu mengajar semua rakyat mengetepikan segala perbezaan dan bersatu sebagai sebuah pasukan yang mantap bagi mencapai kejayaan.

“Bola sepak adalah simfoni kepada kerja dalam berpasukan dan bagaimana kita perlu menyusun sebaik mungkin permainan antara semua ahli pasukan untuk berjaya,’’ katanya.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sumber : Utusan Malaysia Online
TAHNIAH PM NAJIB, TERIMA ANUGERAH BERLIAN AFC...
DENGAN HARAPAN LEPAS NI, SETIAP PERLAWANAN SKUAD MALAYSIA BOLEH DITAYANGKAN LIVE DI SIARAN RTM...
ITU JUGA SEBAGAI MEMPROMOSIKAN BOLA SEPAK  ... KAN ?

Maher Zain

Maher Zain Mustapha, dilahirkan di Beirut, ibu negara Lebanon pada tahun 1982. Dia memang berdarah Arab tetapi dibesarkan dan mendapat pendidikan di di Stockholm, Sweden. Album pertamanya Thank You Allah memuatkan 13 lagu dengan dua lagu bonus mula pasarkan pada 1 November 2009.

Keluarganya berhijrah ke Sweden ketika Maher berumur lapan tahun. Pada usia lapan tahun, Maher sudah boleh bermain alat muzik iaitu keyboard. Kini Maher adalah lelaki berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Angkasa. Kariernya dalam muzik bermula apabila dia bekerja di studio muzik RedOne, milik seorang penerbit berketurunan Maghribi tetapi sudah lama menetap di Sweden.

Daripada RedOne, Maher berpindah ke New York. Tetapi tidak lama. Dia kembali ke Sweden untuk sementara waktu dan dari sini bermulalah satu kesedaran dan jati diri agama bermula secara serius dalam hidupnya. Pada Januari 2009, Maher Zain mula bekerja menyiapkan album dan kemudian menandatangani dengan Awakening Records.

Maher menjelajah ke Timur Tengah dan lima bandar utama di Amerika Syarikat dengan pertubuhan Islamic Relied dan ini seterusnya membawa dia ke Malaysia. Album pertamanya Thank You Allah menduduki tangga pertama dalam carta Amazon World Music dan tempat kesembilan bagi carta kategori lagu-lagu R&B.
Klip videonya The Chonsen One yang bercerita mengenai kehidupan dan ajaran Nabi Muhammad s.a.w di buat di Los Angeles.

Sebenarnya agak menarik kalau dikaji mengenai kemunculan Maher Zain dalam arena muzik. Dia mengembangkan muzik yang berlandaskan ketuhanan, kerohanian dan kedamaian dengan imej Islam tidak menerusi negara-negara Arab, terutama di tempat kelahirannya. Dia mencipta, menerbitkan dan merakamkan lagu-lagu yang memuji kebesaran Allah itu di negara yang majoriti penduduknya bukan Islam iaitu Sweden. Negara Scandinavia ini memang terkenal menghasilkan produk kumpulan pop, heavy metal dan rock. Kumpulan Abba, Roxette, Ace To Base, Brigit Nilssona adalah penyanyi atau kumpulan muzik terkenal yang berasal dari Sweden. 





Maher Zain - Open Your Eye with Lyrics

(Apa kah kita buka mata kita utk melihat semua ciptaan Allah seperti yg digambarkan dalam video ini renung2kan lah...pernah kah kita bersyukur dgn nikmat2 yg Allah berikan pd kita seluruh anggota tubuh kita yg sempurna apa yg kita buat dgnnya esok kita akan dipertanggungjawabkan ingat2lah peringatan utk diri saya sendiri)

Maher Zain - Thank You Allah with Lyrics

always be there with lyric by maher zain [HQ]

Maher Zain - The Chosen One

Maher Zain - For The Rest Of My Life with Lyrics

(Hayatilah senikata ini untuk pasangan suami isteri)


hold my hand-maher zein-with lyrics

Maher Zain - Baraka_Allahu_Lakuma with Lyrics


Sumber : Email Yahoo Group

MAHER ZAIN ? SIAPA TAK KENAL ?

INFO : Penggunaan Haji, Hajah - Ustaz Zaharudin



APAKAH dibolehkan seseorang itu ‘menuntut’ dan menggunakan gelaran ‘Haji’ atau ‘Hajah’ sesudah pulang daripada menunaikan ibadat itu?Adakah ia satu kesalahan di dalam Islam kerana tidak pernah digunakan oleh Nabi dan sahabat? Jika dibenarkan, apakah pula ulasannya?


Jawapan


Sebelum ini juga ramai bertanya sama ada gelaran ‘Haji’ boleh digunakan kepada mereka yang selesai menunaikan haji.


Saya teringat sekitar 10 tahun lalu, seorang kenalan saya memarahi rakannya kerana tidak memanggilnya dengan gelaran itu.

Bila saya tanya kenapa sampai begitu sekali, dijawabnya:

“Ye la, kita dah bertungkus-lumus melaksanakan haji, berbelas-belas ribu ringgit habis, jadi hormatlah sikit kita dengan pengiktirafan.” Demikian tegasnya secara emosi.

Saya yakin, pembaca mempunyai pelbagai reaksi membaca jawapannya. Majoriti mungkin merasa tidak bersetuju dengan hujah yang disebut sahabat itu tadi.

Namun, itulah hakikat bagi sebahagian besar umat Islam, khususnya di Malaysia. Mereka ingin serta berasa selesa dan bangga dengan gelaran ‘Haji’ sesudah pulang daripada mengerjakan ibadat agung itu.

Jadi persoalan kita ketika ini, adakah ia dibolehkan di sisi Islam?
Pada pendapat saya, gelaran sebegini bukan persoalan ibadat khusus yang memerlukan kepada dalil khusus daripada amalan Rasulullah SAW atau sahabatnya.

Isu gelaran adalah sebuah isu kemasyarakatan dan sosial yang tidak tertakluk kepada dalil khusus. Ia hanya tertakluk kepada dalil umum yang mengandungi nilai dan asas, sama ada untuk mengarah atau melarang.

Dalam hal gelaran, dalil yang menjelaskan prinsip atau disiplin dalam gelar- menggelar boleh diambil daripada firman Allah SWT seperti tercatat di dalam ayat surah al-Hujurat yang bermaksud: “Janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah segala jenis nama panggilan yang berciri fasik selepas kamu beriman.”

Jelas daripada ayat di atas, prinsipnya adalah Allah SWT melarang umat Islam menggelar saudara seagama dengan apa juga gelaran buruk dan menyakitkan hatinya, tidak kira sama ada ia benar atau tidak, selagi mana ia dilakukan dengan niat menghina dan menjatuhkan, ia adalah dilarang.

Imam Abu Ja’far At-Tabari mengatakan: “Memanggil dengan gelaran adalah seperti seseorang memanggil saudaranya dengan cara yang dibencinya sama ada (menggunakan) nama tertentu atau sifat. Dan larangan Allah SWT itu umum tanpa sebarang pengkhususan kepada satu jenis gelaran tanpa yang lain, maka oleh itu, tidak harus (haram) bagi seorang Muslim untuk memanggil saudaranya sama ada dengan nama atau sifat yang dibencinya.” (Jami al-Bayan, 22/29)

Justeru dalam Islam, budaya gelar menggelar dengan gelaran buruk bukan tindakan benar, malah paling keji dan hanya mainan individu yang dipimpin emosi.

Jangan sesekali mudah memulakan gelaran seperti ‘ulama Mi egera’, ‘Si bodoh’, ‘Munafik’ dan lain-lain.

Walau apapun sebab dan latar belakang kemarahannya, menggelar seseorang dengan gelaran buruk bukan caranya. Ada banyak cara bahasa lain yang lebih sesuai untuk menegur seseorang.

Ia hanya akan memburukkan keadaan dan seterusnya menjatuhkan maruah anda sendiri, bukan mereka yang digelar.

Tiada kebaikan yang boleh tersebar daripadanya kecuali kepuasan peribadi pihak menggelar kononnya untuk menegakkan yang hak tetapi sebenarnya hanya memuaskan nafsu amarah masing-masing.

Islam melarang menggelarkan seseorang dengan sebarang gelaran buruk, dilarang juga mengkafirkan seseorang tanpa kejelasan yang putus atau kelak kekafiran dan gelaran itu akan kembali kepada dirinya sendiri. Seluruh gelaran buruk yang dicipta juga akan kembali kepada individu yang memberikan gelaran buruk itu.

Namun demikian, ada pengecualian jika sesuatu gelaran dibuat bagi keadaan tertentu seperti untuk membezakan antara individu, maka mereka digelar dengan sifat atau nama yang sesuai bagi fizikal mereka. Walaupun gelaran itu buruk, panggilan itu dibuat bukan untuk menghina dan merendah, ia hanya diniat untuk memberi pengenalan kepada mereka yang bertanya. Tatkala itu, ia dibenarkan.

Demikian juga jika ada maslahat lebih besar untuk dijaga, seperti ulama menggelar beberapa ‘perawi’ sebagai ‘kazzab’ yang ertinya ‘banyak berbohong’ bagi menjaga ketulenan sesebuah hadis. Namun, ia bukan diguna secara meluas hingga ke peringkat masyarakat awam kerana hal sedemikian hanya diketahui golongan ulama daripada kalangan pengkaji hadis dan perawinya.

Hadis Riwayat Abu Daud menyatakan, terjadi perbualan antara orang ramai dan Rasulullah apabila mereka memanggil baginda: “Wahai Rasulullah, wahai yang terpilih dan anak yang terpilih, tuan kami dan anak kepada tuan.”

Namun, Rasulullah SAW lantas menjawab: “Wahai manusia, kamu berkata dengan perkataan kamu, namun jangan sampai kamu diselewengkan oleh syaitan, aku adalah Muhammad, Hamba Allah dan Rasul-Nya, tiadalah aku suka kamu mengangkat darjatku melebihi darjat yang diberikan Allah kepadaku.”

Kita perlu tahu bahawa gelaran perlu digunakan secara berhati-hati supaya tidak melampau sehingga terjebak dalam kes pengikut Kristian yang menganggap Nabi Isa sebagai anak tuhan akibat berlebihan dalam mengagungkan dirinya.

Tentunya tiada halangan di dalam Islam untuk gelaran biasa yang kurang kontroversi seperti Tuan Haji, Ustaz, Dr, Datuk, Syeikh, Profesor, Tok Guru, Imam, Hujjatul Islam, Syeikhul Islam dan apa juga gelaran yang baik lagi disukai dan baik untuk digunakan sebagai penghargaan, pujian, doa dan pengiktirafan.

Isu sama ada gelaran itu akan mendatangkan rasa riak, takbur dan ‘ujub’ adalah persoalan kedua. Hal ini mempunyai sedikit persamaan dengan isu memuji seseorang di depannya.

Kesimpulannya, jika diketahui pujian itu akan memusnahkannya, jangan dilakukan. Maka larangan adalah disebabkan hal luaran yang mendatang dan bukan pada pujian itu sendiri. Demikian juga gelaran Tuan Haji, Say- yid dan sepertinya.

Oleh itu, jika kita memanggil seseorang dengan gelaran Tuan Haji dan ia disukai olehnya, sudah tentu ia tidak dilarang, sebaliknya lebih digalakkan lagi.

Ini kerana, mungkin gelaran itu boleh mengingatkannya kepada Allah SWT serta boleh mengekalkannya dirinya supaya sentiasa insaf kepada Allah SWT.

Apatah lagi apabila menjadi adat di sesebuah kawasan untuk menggunakan nama panggilan yang baik itu.

Adakalanya, gelaran ‘Haji’ juga diguna semata-mata kerana tiada gelaran lain yang sesuai untuk seseorang bagi menunjukkan hormat kita.

Saya pernah mempunyai beberapa kenalan jutawan veteran yang sangat rapat dengan saya, walaupun mereka jutawan, hartawan, pengasas dan ketua syarikat masing-masing, mereka belum menerima anugerah Datuk dan juga bukan pemegang taraf Doktor Falsafah.

Justeru, gelaran apa paling sesuai untuk memanggil mereka di samping menunjukkan penghormatan kita kepada umur peringkat itu?

Tatkala itu saya hilang idea, hanya gelaran ‘Tuan Haji’ saya kira paling sesuai setiap kali berhubung dengan mereka. Gelaran pakcik atau gelaran syeikh pasti kurang sesuai dengan orang yang berperwatakan sepertinya.

Kita sedar, kesan buruk juga boleh berganda apabila seorang bergelar ‘tuan haji’ dan ‘puan hajah’ melakukan maksiat dan dosa terang-terangan. Lebih mendukacitakan apabila kesnya membabitkan tangkapan khalwat, zina, pecah amanah dan lain-lain yang biasanya tersiar di dada akhbar.

Namun demikian, hal itu tidak menjadikan penggunaan gelaran ‘Haji’ dan Hajah’ sebagai haram.

Bagaimanapun perlu diingatkan, walaupun seseorang itu ‘harus’ mendapat atau menggunakan gelaran ‘Haji’, yang perlu disedari adalah pemergian menunaikan rukun Islam kelima itu bukan kerana gelaran yang diberi manusia, sebaliknya pandangan serta pengiktirafan Allah SWT sendiri.

Sumber : Email Yahoo Group
SEMOGA MENJADI PEDOMAN UNTUKANDA SEMUA

Nama Pemain Piala Emas Raja Raja Kedah


Senarai nama pemain yg menggalas tugas bersama Nama Pemain Pasukan Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah:



1. ABDUL HADI BIN ABDUL HAMID (Penjaga gol)

2. MUHAMMAD ALIF ASWAT BIN BAHARIN (Penyerang)

3. MOHD FAIRUS BIN HASHIM (Pemain tengah)

4. MUAMMAR NUR HALIM BIN RAHIM (Pertahanan)

5. NARENTHIRAN A/L DASARATHAN (Pertahanan)

6. SHAFIZAN BIN HASHIM (Ketua Pasukan)

7. MUHAMMAD AMINUDDIN BIN AZMI (Pertahanan)

8. HATTAPHON A/L BUN AN (Penyerang)

9. LEW HAN HUNG (Pertahanan)

10. TAN YANG WEI (Pemain tengah)

11. AHMAD FAUZI BIN SAARI (Pemain tengah)

12. MOHD ZULFAIZHAM BIN KAMIS (Pertahanan)

13. MUHAMAD FIQKRY BIN MD ISA (Pemain tengah)

14. MOHD SHAMIR BIN HALIM (Penyerang)

15. MOHAMMAD NIZAT BIN SALLEH (Pertahanan)

16. MUHAMMAD KHIDHIR BIN AHMAD MUZAFAR (Pemain tengah)

17. ABDULLAH BIN YUSOFF (Pemain tengah)

18. MOHD ARFAN BIN RASHID (Pemain tengah)

19. MUHAMMAD SHAFIQ BIN JAMAL (Penyerang)

20. WAN MOHD ASRAF BIN WAN ALI (Pemain tengah)

21. MOHD HAZWAN BIN ZAINUN (Penyerang)

22. MUHAMMAD AL-HAFIZ BIN HAMZAH (Penjaga gol)

23. MUHAMMAD MUZAWWIR BIN MOHTAR (Penyerang)

24. MOHD MUHAIMIN BIN MOHAMAD (Penjaga gol)

30. MOHAMMAD FIRDAUS BIN ABD ROZAK (Penjaga gol) 



sumber: Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah

Khas utk korang…..yang bernama KAWAN…

( Gambar Hiasan )

Khas utk korang…..yang bernama KAWAN…


1) kawan tu bkn mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..



2) kawan tu bkn mcm maen SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..



3) kawan tu bkn mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..



4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..



5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.



6) kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..



7) kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..



8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..



9) kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.



10) lagi…..kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.



Walau ape pun tanggapan org tentang kawan..bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya.



Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.



Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya…



~ FRENSHIP FOREVER frenship never ends….~

Wednesday, November 24, 2010

Video Miming @ Cikgu Shida : Lagu Kalau Berpacaran ( Semakin Kreatif )

Lagu : Kalau Berpacaran
Video : Miming Cikgu Shida



Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x

-----------------------------------------------------------------

Sumber : Youtube.com
SEMOGA TERHIBUR
APA KOMEN ANDA TENTANG CIKGU SHIDA ?
 

JAWATAN KOSONG : Di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Tarikh Tutup :- 6 Disember 2010

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:-

- PEGAWAI TADBIR N41
- PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
- PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17
- PENGHANTAR NOTIS N3

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN KOSONG

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(BAHAGIAN PERJAWATAN DAN PENGAMBILAN)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
TINGKAT 3, MENARA TUN RAZAK
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR

Tarikh Tutup Iklan: 06 Disember 2010

JAWATAN KOSONG : Di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tarikh Tutup :- 6 Disember 2010

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), satu- satunya Universiti Pendidikan di Malaysia dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan menyertai kami meneruskan kebitaraan dengan mengisi jawatan – jawatan bertaraf TETAP/ SAMBILAN seperti tersenarai.

- PEGAWAI KESELAMATAN KP44
- PEGAWAI KESELAMATAN KP41
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
- TUKANG K2 (MEKANIKAL) R11

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan yang telah lengkap dihantar ke alamat :-

UNIT PERJAWATAN
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
Tingkat 1, Bangunan Canselori
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 Tanjong Malim, Perak

Tarikh Tutup Permohonan : 06 Disember 2010