Wednesday, December 30, 2009

Pantun Mari Sembahyang

Pantun Mari Sembahyang yang sungguh manja sekali....










Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!

P/s: 4wad laa ape Lagi!!..hehehe. Dah solat ke belum??? Pastu gi lah solat….

Renung2kan Dan Selamat BeramaL!!... ..

Yg. Baik tuh dari ALLAH, yg. Buruk tuh Dari kite sume arrr.....

Sumber : Email Yahoo Group

RENUNGKAN PANTUN INI.....

Penantian Seorang Ibu Hampa


PENDANG – Penantian anak untuk pulang makan tengah hari di rumah hampa setelah dimaklumkan anaknya maut dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Tanah Merah dekat rumahnya, semalam.

Omar Hisyam Md Akhir, 24, maut di tempat kejadian kira-kira jam 11.15 pagi apabila sebuah treler yang membawa muatan melanggarnya ketika dalam perjalanan pulang dari tempat mengaji di sebuah masjid dekat Jitra.

Dalam kejadian itu, motosikal yang dinaiki mangsa jenis Modenas Kriss diseret treler berkenaan sejauh dua kilometer gara-gara pemandunya cuba melarikan diri.

Seorang saksi, Anis Falahiyah, 12, yang ketika itu berada di rumahnya berkata, dia mendengar bunyi dentuman yang kuat menyebabkan dia segera keluar dari rumah dan melihat sebuah treler menyeret motosikal dalam kejadian itu.

“Saya terkejut motosikal itu diseret sebuah treler dengan laju menuju ke arah Pekan Tanah Merah.

“Treler itu memandu laju dan tidak berhenti walaupun asap tebal disebabkan seretan itu dan saya menyangka berlaku kemalangan dan treler itu cuba melarikan diri,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian.

Dalam kemalangan maut itu, Sinar Harian mendapati motosikal itu diseret sejauh dua kilometer daripada tempat kejadian di mana mangsa tercampak.

Serpihan komponen motosikal itu tercampak di sepanjang jalan menuju ke Tanah Merah.

Sementara itu, ibu mangsa, Bahiyah Ahmad, 50, berkata, penantiannya menunggu anaknya untuk pulang makan tengah hari di rumah hampa setelah dimaklumkan anaknya maut dalam kemalangan yang berlaku dekat situ.

“Saya sudah siap memanaskan lauk untuk dihidangkan kerana setiap hari saya membeli nasi lemak tetapi hari ini tidak.

“Saya menunggu dia untuk pulang makan kerana dia selalu pulang makan pada jam 12 tengah hari setiap hari disebabkan dia tidak suka makan pada waktu pagi,” katanya.

Bahiyah berkata, Omar atau Angah yang dipanggil ahli keluarga merupakan anak kedua daripada enam beradik itu ialah bekas pelajar Ijazah Insurans Universiti Utara Malaysia yang telah tamat pengajian hampir dua tahun dan sedang mencari pekerjaan.

“Anak saya merupakan seorang yang pendiam dan tidak suka menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah dan setiap hari dia akan keluar rumah pada jam 7.30 pagi.

“Dia hanya menghabiskan masa setiap hari dengan mengaji di masjid dan akan pulang ke rumah untuk makan dan tidur sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya lagi, dia terkejut mendengar berita kematian anaknya itu setelah dimaklumkan adik mangsa.

“Saya sedang menjahit sambil menunggu dia untuk pulang makan dan terkejut apabila adiknya memberitahu Angah kemalangan.

“Saya tidak menyedari ada kemalangan yang berlaku dekat rumahnya itu kerana selalunya, jika berlaku apa-apa kemalangan di kawasan itu pasti saya mengetahui terlebih dahulu tetapi pada masa itu mungkin Allah 'menutup' telinga saya untuk mendengar kemalangan itu,” katanya.

Katanya lagi, setelah dimaklumkan mengenai perkara itu, barulah dia terfikir perubahan anaknya itu iaitu dia tidak berpuasa pada hari Isnin kerana selalunya setiap hari Isnin dia akan berpuasa sunat.

Sementara itu, adiknya, Mohd Adham Adli Md Akhir, 12, berkata, ketika kejadian dia berada di rumah jiran dan dimaklumkan rakan bahawa ada kemalangan berlaku dekat situ menyebabkan dia dan ayahnya segera ke tempat kejadian bagi melihat keadaan kemalangan itu.

“Saya terkejut setelah orang ramai membuka plastik hitam yang menutup mayat itu dan mendapati itu ialah abang saya kerana mengenali topi keledar yang dipakai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Trafik daerah Pendang, Cif Inspektor Abdul Ghani Khamis berkata, kes ini masih dalam siasatan dan beliau memaklumkan bahawa treler itu dari arah Pendang ke Tanah Merah manakala mangsa yang menunggang motosikal dari arah Tanah Merah ke Pendang.

Katanya lagi, pemandu treler itu tidak melarikan diri dan memberhentikan kenderaan di Pekan Tanah Merah kerana bimbang diapa-apakan orang ramai.

“Pihak polis telah menahan pemandu treler itu untuk melakukan siasatan lanjut dan mangsa yang maut dalam kejadian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk melakukan bedah siasat,” katanya.

Sumber : Sinar Harian Online


Al-FATIHAH KEPADA MANGSA KEMALANGAN TERSEBUT.
MEMANG TIDAK DINAFIKAN... LORI-LORI BANYAK LALU DI JALAN UTAMA TERSEBUT...
INILAH AKIBATNYA KALAU MEMANDU TIDAK IKUT PERATURAN JALAN RAYA....
DAH TAHU "DOUBLE LINE" TAK BOLEH POTONG, PI POTONG JUGA.... 
SEMOGA PEMANDU LORI TERSEBUT MENDAPAT BALASAN SETIMPAL.....

Pakatan Bunuh Bapa

AMPANG: Mengejutkan apabila dua beradik yang juga pasangan kembar sanggup merancang kemalangan untuk membunuh bapa kandung mereka sendiri di Taman Ampang Hilir dekat sini, Selasa lalu.

Bagi menjayakan misi jahat itu, pasangan kembar berusia 28 tahun terbabit meminta bantuan seorang pekerja kedai milik bapa mereka.

Menurut sumber, kembar jahanam terbabit pergi ke kedai bapa mereka jam 9 malam sejurus mengetahui lelaki berusia 55 tahun itu tiada di premis berkenaan.

Kembar terbabit cuba memujuk seorang pekerja kedai itu supaya bersekongkol mencipta kemalangan maut bagi membunuh bapa mereka.

“Mereka bertanyakan kepada pekerja lelaki itu sama ada dia sanggup melakukan satu ‘tugas’ yang akan diberikan kepadanya menyebabkan lelaki terbabit terpinga-pinga.

“Selepas mengetahui pakatan jahat pasangan kembar terbabit, pekerja berkenaan segera menolak permintaan mereka,” katanya.

Difahamkan, si kembar terbabit meminta pekerja berkenaan menghimpit kereta dinaiki bapa mereka hingga warga emas itu maut atau koma, tetapi ia perlu dilakukan seperti kemalangan yang tidak disengajakan.

Sumber itu berkata, pasangan kembar itu kemudian memberitahu pekerja terbabit bahawa mereka akan meminta orang lain menjalankan perbuatan keji itu menyebabkan lelaki bimbangkan keselamatan majikannya.

“Keesokannya, dia terus menceritakan niat pasangan kembar itu kepada majikannya.

“Mendengar aduan itu, majikan terbabit terkejut besar lalu membuat laporan polis kerana khuatir keselamatannya,” katanya.

Sumber itu berkata, susulan daripada laporan berkenaan, pasangan kembar berkenaan ditahan polis dan kes mereka akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, hari ini.

“Pasangan kembar itu ditahan bagi membantu siasatan dan setakat ini polis masih menyiasat motif sebenar kejadian berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya.

Sumber : Harian Metro Online

PENDAPAT AKU LA, PENJARAKAN ANAK YANG BANGANG INI SEUMUR HIDUP
KALAU LEPAS JUGA, MAKA PROJEK MEREKA NAK BUNUH BAPA KANDUNG AKAN DILAKANSANAKAN. KECIK-KECIK TAK NAK MATI, BESAR-BESAR NAK BUNUH BAPA SENDIRI. PENDAPAT ANDA ?

DAP Ulangi Pendirian Tolak Negara Islam




KUALA LUMPUR: DAP mengulangi pendirian menolak pembentukan negara Islam diperjuangkan Pas, tetapi menyambut baik kesediaan kerajaan Kelantan meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi Menteri Besar negeri itu.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, ketika dihubungi berpendapat pembentukan negara Islam tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak dapat diterima pakai kerana ia bukan asas perjuangan parti itu.

"Jika Perlembagaan Persekutuan 1957 tak sebut perkara ini, tidak payah reka, perjuangan kita berdasarkan perlembagaan, kalau perlembagaan tak sebut, ia memang tak wujud, tak perlu dibangkitkan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz, semalam yang mendakwa DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang diperjuangkan Pas selama ini.

Sumber : Berita Harian Online

PENDAPAT ANDA ??

Perhatian : Mencari Remaja Hilang


 Sumber : Email Yahoo Group

AKU DAPAT INFO NI DARI  YAHOO GROUP. AKU POST SINI, CUMA NAK MENOLONG.
KALAU SESIAPA MENJUMPAI REMAJA INI, HUBUNGI NO TELEFON SEPERTI DI ATAS........

JAWATAN KOSONG -CLERK

Kalau ada sesiapa adik beradik ker .. 
saper ker lelepas SPM pun boleh untuk mengisi kekosongan, 
pengalaman tidak diperlukan, 
gaji tidak lebih 1000.00, PEREMPUAN.
Fax /email ker alamat di bawah

INTAN SAFIZAH SAFI
EXECUTIVE ACCOUNT & ADMINISTRATION
DOMINANT MOTOR SDN BHD (Company No.:800977-T)
No 18 Putra Point 2, Jalan Putra Mahkota 7/6A,
Seksyen 7, Subang Jaya, 47650
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-5191 4603 / 4606   Fax : 03-51914604
H/P : 012-221 9706
Email : intan@dominantmotor .com

Sumber : Email Yahoo Group


HARAP DAPAT MEMBANTU KORANG YANG SEDANG MENCARI KERJA..

Iklan Jawatan kosong – Kerani Wanita

Kerani Wanita diperlukan
-Umur 20 -30 tahun.
-Minima SPM
-Gaji pokok RM 600
-Berkemahiran menggunakan komputer.
- Berkerja di Diamond Square , Jln Gombak,K.L
 
Berminat Sila Hubungi:
Hasrul
012-674 8241 / 03-40423 3830

Sumber : Email Yahoo Group


HARAP DAPAT MEMBANTU KEPADA SESIAPA YANG SEDANG MENCARI KERJA.
INGAT!!! JANGAN MEMILIH KERJA...

Kisah Ibu Yang Berdendam Terhadap Menantunya

Ibu, Anak Dan Menantu

Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman

sekolah..mereka sering kelihatan bersama  di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di  

sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi........ .tetapi dalam setiap percintaan  mesti ada dugaannya.. ‘

Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya supaya mengikuti sgala kehendak nya..
Salmah adalah ibu kpd Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang  lelaki iaitu Razman.
Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..

Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan  mereka.

Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana.. Ibu nya terpaksa
akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.

Setelah  setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman...... .
tapi malang telah menimpa mereka......

Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah
kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya  tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan.. ....

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya... ...
tambahan mengetahui berita tentang wajah anaknya akan menjadi cacat seumur hidup.

Razman cuba utk memperbaiki keadaan..... ...Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan
cara mendermakan kulitnya.. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.

Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya
dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk
pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab.... ..penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali............. ......... ....

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk
pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk reaksi ibu mertua


*HAHAHAHAHA
 
Sumber : Email Yahoo Group

APA PENDAPAT ANDA DENGAN CERITA DI ATAS??