Wednesday, February 09, 2011

Mayat warga emas ditemui dalam longkang di Batu 4, Tandop, Alor Setar. Kedah

ALOR SETAR – Mayat seorang lelaki warga emas yang tinggal rangka ditemui dalam longkang di Batu 4, Tandop, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata, rangka Beh Kuan Tong, 56, dari Sungai Korok ditemui seorang pekerja pembersihan ketika membersihkan longkang di kawasan itu kira-kira pukul 7.10 petang.

Identiti warga emas lembam itu dikenali daripada kad rawatan pesakit yang ditemui dalam bajunya.

Polis yakin kematian lelaki itu bukan kes pembunuhan, namun akan tetap menyiasat punca kematiannya, kata Adzaman yang dihubungi hari ini.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati lelaki itu disenaraikan sebagai orang hilang yang dilaporkan oleh keluarganya pada September tahun lepas. – Bernama

Sumber : Kosmo Online

2 comments:

N@di@ said...

dekt umh nadia nih

Anonymous said...

kes bunuh ke ? mesti busuk kan ?