Thursday, November 04, 2010

SPR sifatkan pemberian wang Nik Aziz sebagai rasuah

Info dari Utusan Malaysia Online.. Just want to share...

----------------------------------------------------------------------------

GUA MUSANG 3 Nov. – Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi sejumlah wang kepada penduduk Orang Asli di Lojing Isnin lepas boleh disifatkan sebagai cubaan membeli undi dan rasuah.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, mengikut Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 apa-apa pemberian wang kepada pengundi yang boleh mendorong pengundi itu mengundi ditafsirkan sebagai rasuah atau cuba membeli undi.

"Apa yang saya sebutkan itu di bawah konteks undang-undang. Itu hak masing-masing, tetapi dalam undang-undang wang diterima oleh pengundi berdaftar dalam kawasan pilihan raya akan berlaku, wang itu diberi oleh siapa juga atas nama parti ke atau calon, maksudnya jelas memang boleh dirujuk seksyen tersebut,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan memberikan sejumlah wang kepada penduduk Orang Asli di Lojing yang disifatkan sebagai tindakan terdesak membeli undi.

Katanya, badan yang bertindak menguruskan pilihan raya itu telah memberikan pandangannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyerahkan perkara tersebut kepada agensi tersebut untuk diambil tindakan. – Bernama

Sumber : Utusan Malaysia Online

APA PENDAPAT KORANG, PIHAK PEMBANGKANG KASI DUIT, 
TAPI DENGAR KHABAR ITU DUIT ZAKAT... YANG MANA BETUL ?

1 comment:

Iman's Umi said...

Laa, wang zakat kata bg rasuah plak...x tahu x reti2 nk tanya ke? Buat serkap jarang dh jatuh fitnah, x ke berdosa...btw, ms ngundi dlu, dua2 pihak bg rasuah, ko hulur I/C, ko dpt duit, PAS bg, BN pn bagi...dua2 ambik, tp nk pangkah sape, sukati pengundi la.