Thursday, September 23, 2010

Bayar PTPTN melalui potongan gaji dijangka mulai 2013

SINTOK: Bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pemotongan gaji dijangka hanya dapat dilaksanakan pada 2013.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata ini kerana pelbagai kajian serta rundingan perlu dilakukan demi kepentingan semua pihak sebelum ia dapat dilaksana.
Click Here
"Apa yang disiarkan media mengenai pemotongan gaji bermula Jun 2011 adalah salah kerana pada tarikh itu kita jangka rundingan mengenainya baru selesai.
"Selepas rundingan itu selesai pertengahan tahun depan, kita kena bentang pada Kabinet dan pinda undang-undang bertepatan sebelum melaksanakannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun pada dasarnya kerajaan telah bersetuju dengan kaedah mewajibkan bayaran balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), namun masa yang sebenarnya belum ditetapkan.

Mohamed Khaled berkata, jika dilaksanakan ia mungkin hanya diwajibkan ke atas peminjam baru manakala bayaran balik peminjam lama adalah mengikut kaedah sedia ada.

Selain itu kata beliau, pihaknya juga akan menetapkan gaji minimum bagi membolehkan pemotongan dibuat.
Baru-baru ini, PTPTN dilapor akan melaksanakan pemotongan gaji secara wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjam yang gagal berbuat demikian mulai Jun tahun depan.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said dilapor berkata semua peminjam terutama lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya, diwajibkan membayar balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui LHDN.

Sementara itu, mengenai rungutan sesetengah peminjam bahawa mereka masih menanggung kos pentadbiran sebanyak tiga peratus walaupun PTPTN telah mengurangkannya kepada satu peratus, Mohamed Khaled berkata langkah penyeragaman itu akan mengambil masa.

Ini kerana katanya, PTPTN terpaksa menyemak satu persatu dokumen lebih 1.5 juta peminjam.

"Setiap peminjam buat bayaran tak sama, ada yang lebih ada yang kurang, jadi kita kena kira satu-satu sebab tu ambil masa sikit nak tukar dari tiga peratus kepada satu peratus.

"Yang penting jangan risau sebab caj satu peratus itu memang telah dilaksanakan," katanya.

Mohamed Khaled sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan University of Nottingham, Malaysia Campus. - BERNAMA 

Sumber : Berita Harian Online
PLAN BAIK-BAIK SEHINGGA 2013, 
NAK KENA BAYAR MELALUI POTONGAN GAJI PULAK.

1 comment:

waveX said...

mudah ckit org nk bayar ptptn..klu x liat nk mampus..