Thursday, September 23, 2010

Pemandu teksi bunuh budak ke tali gantung

Hakim tak terima alasan dipengaruhi alkohol, dadah

 MAHKAMAH Tinggi Shah Alam, semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Mohd Fazli Azri Jamil, 28 selepas didapati bersalah membunuh anak teman wanitanya, Syafiah Humaira Sahari, 4 (gambar kecil), di Batang Kali, 25 Februari lalu.


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini semalam, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil, selepas didapati bersalah membunuh anak teman wanitanya yang berusia tiga tahun empat bulan, Februari lalu.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Click Here
Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Idham Abdul Ghani, Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom manakala Mohd Fazli Azri diwakili peguam Gurbachan Singh.
Sepanjang perbicaraan yang bermula 7 Jun lalu, mahkamah mendengar keterangan daripada 33 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan.

Mohd Fazli Azri didakwa membunuh Syafiah Humaira, yang juga anak teman wanitanya, di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali pada jam 6.30 petang 25 Feb lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mohd Fazli Azri, teman lelaki kepada ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, didakwa membunuh kanak-kanak itu dengan cara menendang dan memijak perut mangsa.
Dalam penghakimannya, Hakim Mohtarudin berkata pembelaan tertuduh bahawa mangsa mengalami kecederaan akibat terjatuh daripada motosikal adalah tidak selari dengan keterangan pakar perubatan mengenai kecederaan sebenar mangsa.

Beliau berkata, pembelaan tertuduh bahawa mangsa terjatuh dan kepalanya terhantuk ke dinding ketika sedang mandi dan bermain di tandas juga tidak pernah diceritakan oleh tertuduh kepada sesiapa.

Mohtarudin seterusnya berkata dakwaan tertuduh bahawa dia berada dalam keadaan mabuk dan dipengaruhi dadah ketika kejadian tidak boleh diterima sebagai pembelaan.

"Berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan yang melihat kejadian yang berlaku di padang, adalah jelas tertuduh dalam keadaan waras. Fakta bahawa tertuduh memandu teksi dari rumah ke padang dan balik jelas tidak konsisten dengan keadaan orang yang mabuk," katanya.

Sumber : Berita Harian Online
KE TALI GANTUNG JUGA AKHIRNYA.. 

No comments: