Monday, January 04, 2010

Modul berbeza latihan PLKN untuk remaja GRO, pelesit rempit


GOLONGAN remaja yang terlibat dalam kancah GRO akan menjalani latihan PLKN yang berbeza daripada remaja lepasan sekolah yang lain. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Remaja bermasalah seperti GRO (pegawai perhubungan pelanggan) atau 'pelesit rempit' akan menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang berbeza daripada remaja lepasan sekolah yang lain.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, golongan terbabit memerlukan pendekatan berbeza yang lebih menjurus kearah psikologi dan hala tuju masa depan.

"Latihan untuk remaja seperti ini tidak boleh sama kerana ada di kalangan mereka tidak bersekolah atau sudah bekerja.

"Sekiranya latihan terlalu akademik, bagaimana mereka hendak menerimanya sedangkan mereka tidak tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau sudah bekerja," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber : Kosmo Online

MACAM MANA NAK TAHU DIA SEORANG GRO ATAU PELESIT REMPIT ??

No comments: