Monday, January 04, 2010

Leeds singkir United


KIRI: REAKSI kecewa Wayne Rooney (kiri) dan Dimitar Berbatov selepas United tersingkir pada pusingan ketiga Piala FA semalam.
KANAN: WIRA... Jermaine Beckford meledak gol tunggal Leeds ketika menentang United pada pusingan ketiga Piala FA di Old Trafford semalam. Leeds menang 1-0.


LONDON – Juara 11 kali, Manchester United tersingkir daripada saingan Piala FA apabila tewas mengejut 0-1 kepada kelab Divisyen 3, Leeds United pada perlawanan pusingan ketiga yang berlangsung di Old Trafford, semalam.

Kekalahan paling memalukan United dalam pertandingan tertua di dunia dalam tempoh 26 tahun itu apatah lagi di depan penyokong sendiri menjadikan mereka satu-satunya kelab gergasi Liga Perdana England yang tersingkir paling awal.

Kelmarin Liverpool hampir menerima nasib sama ketika menentang Reading tetapi mujur Steven Gerrard menyelamatkan keadaan dengan gol penyamaan.

Seperti Liverpool, United juga cuba bangkit selepas ketinggalan menerusi jaringan Jermaine Beckford pada minit ke-19 permainan.


TEGANG... Pemain United dan Leeds bertikam lidah pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Old Trafford semalam. Leeds menang 1-0.


Beckford menyambut hantaran jauh rakan sepasukan, Johnny Howson terus ke dalam kotak penalti sebelum menewaskan dua pemain United termasuk penjaga gol Tomas Kuszczak.

Namun skuad bimbingan Alex Ferguson yang hanya menurunkan ramai pemain simpanan mendapati benteng Leeds begitu ampuh bertahan selepas itu.

Kali terakhir United tewas di tangan kelab liga bawahan dalam saingan Piala FA ini ialah kepada Bournemouth pada 1984.

Ia juga merupakan kekalahan dan sejarah hitam pertama buat Ferguson selaku pengurus sejak memegang jawatan itu pada 1986. – Agensi

Sumber : Kosmo Online

MUNGKIN DENGAN BONGKAKNYA PENGURUS MAN UTD NI......
SEBAB TU BOLEH KALAH DENGAN PASUKAN KERDIL....
HABUAN TAHUN 2010 ..... CUBA LAGI TAHUN DEPAN....

No comments: