Sunday, December 06, 2009

Takut Tak Diterima Bumi






KALAU menyebut tentang aktres wanita cantik dan bergetah, sering nama Rozita Che Wan yang disebut-sebut. Ada juga yang sehingga melabelnya pelakon wanita Melayu paling sempurna 'pakejnya'.

Lantaran itu, ada yang timbul dengan idea ibu kepada Aniq Ezzra, 11, dan Ammar Effendy, 13, itu membuat pembedahan plastik kerana terus-terusan mendapat jolokan untuk fizikalnya sejak mula menceburi bidang lakonan sehinggalah sekarang.

Lebih-lebih lagi sejak akhir-akhir ini Rozita semakin kerap tampil dengan gaya berani dan seksi, mendedahkan bentuk tubuh yang menggiurkan selain heboh dengan pelbagai gosip cinta dengan banyak nama yang rata-ratanya bukan calang-calang.



ROZITA menegaskan dia tidak berani merubah fizikal aslinya.



Mengulas spekulasi dia melakukan pelbagai pembedahan untuk kekal cantik, bekas pramugari ini memberitahu dia belum sanggup untuk merubah fizikal aslinya demi meraih perhatian khalayak.

Katanya: "Tak adalah. Belum lagi. Kalau setakat nak cantik di dunia, saya tak sangguplah sampai buat benda-benda yang boleh buat saya tak diterima bumi kalau mati nanti.

"Botox ke, suntik vitamin C ke, saya tak berani. Ada saya tanya doktor tentang suntik vitamin C. Katanya nanti lebih membebankan kerana harus maintain selalu. Saya pun bukannya ada duit sangat untuk buat benda-benda macam itu."



Sumber : Kosmo Online

Wow.... MENARIK KAN.... SIAPA PEMINAT ROZITA CHE WAN???

No comments: