Sunday, December 06, 2009

Dari Sekolah Ke Jenjang Pelamin


( AKSI Lan Kristal dan Sheila selepas diijabkabulkan di Puchong semalam. )
 

SAMA PADAN. Selepas dua tahun bertunang, vokalis kumpulan Kristal Mohd. Razlan Mohamed Yusof atau lebih dikenali sebagai Lan, 24, semalam sah menjadi suami Nur Sheila Hassim (Ain), 24, pada majlis pernikahan di rumah pengantin perempuan di Kampung Sri Aman, Puchong.

Pasangan itu yang mengenakan pakaian sedondon berwarna putih dinikahkan oleh Imam Masjid Jamek Batu 14, Puchong, Idris Ahmad dengan disaksikan keluarga kedua-dua pihak.

Ain menerima wang hantaran berjumlah RM22,222.22 dengan mas kahwin RM222.22 dan 11 dulang hantaran berbalas 11.

Sumber : Kosmo Online

SEMOGA BAHAGIA SEHINGGA ANAK CUCU.. 
JANGAN JADI MACAM ARTIS LAIN YANG CERAI BERAI.....

No comments: