Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata perkara ini perlu ditangani segera kerana ia bukan saja akan bertambah buruk, malah polis juga akan dikritik kerana gagal menjalankan tugas dengan baik.
Katanya, jumlah kes jenayah berat yang berlaku membabitkan sebahagian warga asing, terutama warga Afrika yang datang ke sini atas alasan bekerja atau menyambung pelajaran.
“Polis tidak akan membezakan cara siasatan ke atas mereka dan akan mengambil tindakan sama jika didapati bersalah.
“Mereka datang ke sini dan perlu hormati undang-undang kita, begitu juga sebaliknya jika kita ada di negara mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas 837 Konstabel Lelaki Siri 1/2009 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam, Bandar Seri Jempol, dekat sini, semalam.
Mohd Bakri berkata, jika didapati bersalah, warga asing yang terbabit akan dikenakan tindakan sama tanpa mengira kewarganegaraan mereka.
Katanya, polis juga akan lebih kerap menjalankan operasi bersepadu dengan agensi penguatkuasaan kerajaan yang lain bagi menangani isu ini segera.
Sumber : Harian Metro Online
KALAU DAH TAHU WARGA ASING BAHAYA....
JANGAN CUBA-CUBA MENDEKATINYA.....
No comments:
Post a Comment