Thursday, July 28, 2011

28 Julai 2011, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Daerah PENDANG


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini, hari ini untuk melakukan lawatan kerja sehari ke Kedah.

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama rombongan termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tiba di lapangan terbang itu pada jam 9.30 pagi.

Antara yang menyambut rombongan Perdana Menteri adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukriz Mahathir serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri.

Perdana Menteri memulakan lawatan dengan mendengar taklimat pembinaan Masjid Ar-Rahman di Taman Wira di sini.

Masjid tersebut mendapat peruntukan RM1.2 juta daripada kerajaan pusat untuk projek pembesarannya.

Beliau kemudiannya melakukan tinjauan mesra di Taman Wira Mergong dan Pasar Tani Taman Wira yang terletak berhadapan dengan masjid itu.

Perdana Menteri akan turut menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa 1 di Jalan Kuala Kedah dekat sini serta sambutan 100 tahun penubuhan sekolah tersebut.
Selepas itu, beliau akan ke Guar Chempedak, kira-kira 48 kilometer dari sini, untuk menghadiri Program Kenduri Rakyat di Padang Awam Guar Chempedak yang dijangka dihadiri kira-kira 10,000 orang.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri akan menghadiri Majlis Himpunan Belia 1Malaysia di Stadium Mini Pendang dan mengadakan pertemuan dengan rakan facebook beliau pada majlis "Mari Berjumpa Mari Berhubung" di Hotel Holiday Villa di sini.

Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, Najib akan menyertai jamuan makan malam bersama-sama 3,000 orang di Dewan Wawasan Jitra yang terbuka kepada orang ramai.

Sementara itu, Rosmah setibanya di Kedah mempunyai atur cara yang lain di mana beliau akan melawat Pusat Anak Permata Negara di Desa Keda, Batu 13, Pokok Sena sebelum menyertai program Perdana Menteri selepas itu.

Sumber : Berita Harian Online

SELAMAT DATANG PERDANA MENTERI MALAYSIA KE DAERAH PENDANG, KEDAH.

Experience the new BlackBerry #MaxisPlayBook OS which is normally used to powers nuclear plants!

Experience the new BlackBerry #MaxisPlayBook OS which is normally used to powers nuclear plants!

BE SURE TO BE SPOTTED WITH A PLAYBOOK!

The BlackBerry PlayBook has now arrived. Own it! Exclusively from Maxis. Bridge it to your BlackBerry smartphone and amplify your BlackBerry experience! Experience an OS which powers nuclear plants!

It’s yours for as low as Rm990 with a Maxis Data top-up plan.

Tuesday, July 26, 2011

Relaxation is always good when it comes to #JEBeauty facial and massage! #MilkADeal

Relaxation is always good when it comes to #JEBeauty facial and massage! #MilkADeal

MAD - BEST COMBO: FACIAL TREATMENT + BODY MASSAGE

MAD Deal of the Day: RM68 instead of RM396 for the Re-energize Triple Mask Treatment Facial with Ampoule & Supersonic Machine + Intensive Eye & Neck Treatment + Meridian Hand, Head & Shoulder Massage at JE Beauty Sanctuary, Ampang

Long working hours cause your body to ache and your complexion is compromised?

Time to take a break and pamper yourself with triple mask that gives you flawless skin and excellent massage that calm your soul!

Everyone deserves to be spoilt rotten.

Tell your friends about this deal and be rewarded with every purchase they make through your link.

Did you know the #ProtonSagaFLX uses Continuous Variable Transmission, commonly found in luxury cars?

Did you know the #ProtonSagaFLX uses Continuous Variable Transmission, commonly found in luxury cars?

GET FUEL EFFICIENT WITH THE NEW PROTON SAGA FLX!

PROTON is now giving you the option of getting more mileage for your Ringgit! PROTON has launched the Proton Saga FLX that uses Continuous Variable Transmission (CVT), commonly found in luxury cars.

Utilising an advance belt system that transforms torque to power, the Saga FLX gives you a smoother drive, removing the jerks of traditional autogear transmission systems. This “stepless” gear tansition improves drivability and responsiveness of the car, the smooth transition of the car between gears helping the car perform more efficiently, saving fuel.

Designed to give consumers better drive satisfaction and safety confidence, the Proton Saga FLX also comes with Anti-lock Braking System (ABS) and Electronic Brake-force Distribution (EBD), along with driver and passenger side air-bags.

Check out the latest Proton Saga FLX ‘coz its even better! For more details, visit your closest PROTON Edar showroom or visit:
www.epicsaga.com.my

Saturday, July 23, 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014, Malaysia 3 - 5 Singapore


Keputusan yang tidak berapa baik untuk perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014. Malaysia nampak garang pada minit 1 dengan jaringan Safee Sali. Ternyata, masalah pertahanan masih lagi belum dapat diatasi. Gol yang dijaringkan oleh pemain-pemain Singapore adalah hasil dari kesilapan pemain PERTAHANAN. Ditambah pula dengan Penjaga Gol yang hanya tengok bola masuk ke gawang..


Apapun, tahniah kepada MALAYSIA kerana berjaya menjaringkan 3 gol di Singapore. Kita saksikan Perlawanan di Stadium Bukit Jalil lepas ni.... PULUN MALAYSIA PULUN...


SINGAPURA – Malaysia terpaksa bekerja keras pada perlawanan timbal balik nanti setelah tewas 3-5 kepada Singapura dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 bagi zon Asia di Stadium Jalan Besar di sini malam ini.

Pasukan Harimau Malaya seakan-akan melangkah dengan gahnya apabila penyerang Mohd Safee Mohd Sali berjaya menjaringkan gol hanya dalam tempoh 24 saat selepas perlawanan bermula.

Namun pemain Singa Singapura, Aleksandar Duric menyempurnakan sepakan percuma dari luar kotak penalti Malaysia pada minit ke-7 untuk Singapura menyamakan kedudukan 1-1.

Pasukan Malaysia cuba menyerang namun pertahanan Singapura dapat menangkis serangan demi serangan yang dilakukan oleh Harimau Malaya.

Bayangan penyerang Shi Jiayi sering mengucar-kacirkan pertahanan Harimau Malaya.

Singapura memperolehi satu lagi sepakan percuma pada minit ke-21 apabila ketua pasukannya Sharil Ishak dijatuhkan di luar kotak penalti Malaysia yang sepakannya disempurnakan oleh Qiu Li.

Mustafic Fahrudin menjaringkan gol ketiga Singapura pada minit ke-43, manakala Shi Jiayi menjaringkan gol keempat pada minit ke-45.

Malaysia terpaksa bermain dengan 10 orang pemain apabila ketua pasukan Shafiq Rahim dilayangkan kad merah kerana mengasari Qiu Li pada minit ke-50.

Namun ia tidak menyekat semangat pemain Malaysia untuk terus menghasilkan gol apabila Abdul Hadi Yahaya dan Safee Sali masing-masing menjaringkan gol kedua dan ketiga pada minit ke-68 dan ke-69 bagi merapatkan jurang gol.

Namun Duric menghasilkan gol kelima Singapura pada minit ke-80 bagi memberikan kemenangan Singapura 5-3 ke atas Malaysia.

Sumber : Kosmo Online

MALAYSIA KENA PULUN DI STADIUM BUKIT JALIL.. 
JANGAN BAGI PELUANG KEPADA SKUAD SINGAPORE..
MAMPUKAH MALAYSIA BANGKIT ? APA PENDAPAT KORANG ?

Qari dan Qariah Malaysia Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53 Tahun 2011


Tahniah Kepada Peserta Dari MALAYSIA


KUALA LUMPUR 23 Julai – Qari dan qariah Malaysia, Amirahman Abas dan Suraya Abu Hassan muncul johan kategori masing-masing pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini.

Amirahman yang membacakan surah Nahl bermula ayat 65 meraih markah 89.26 peratus manakala Suraya yang memperdengarkan surah Al-Zahraa bermula ayat ke-57 pula mendapat 88.67 peratus.

Kedua-duanya menyampaikan bacaan mereka pada malam ini, iaitu malam terakhir majlis tilawah tersebut yang dihadiri kira-kira 5,000 pengunjung dan disiarkan secara langsung menerusi TV1.

Kemenangan itu membolehkan qari Malaysia tersebut masing-masing menerima hadiah wang tunai RM32,200 berserta trofi dan sijil.

Hadiah-hadiah disampaikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Dalam pada itu, qari Filipina, Saudi M. Gandisa muncul naib johan apabila mengumpul markah 88.67 peratus dan tempat ketiga, Abdel Bast Mohamed dari Mesir dengan 87.88 peratus.

Bagi kategori qariah, tempat kedua dimenangi peserta Indonesia, Noor Khalidah Kapsul Anwar yang memperoleh markah 88.30 peratus dan ketiga, Nur Azizah Sholichin dari Singapura dengan 86.17 peratus.

Pemenang tempat kedua dan ketiga bagi kedua-dua kategori masing-masing menerima hadiah wang tunai RM22,400 dan RM13,600 berserta sijil.

Peserta lain tilawah tersebut pula menerima sagu hati berupa hadiah wang tunai RM4,800 berserta sijil.

Bagi kategori qari, tempat keempat dimenangi qari Iran, Hamidreza Abbasi dan kelima, qari Brunei, Awang Ismail Sulaiman.

Qariah dari Brunei, Dayang Nuurfaezah Emran pula menduduki tempat keempat, manakala kelima, Rahima M. Panondiongan dari Filipina.

Majlis tilawah yang berlangsung sejak 16 Julai lalu bertema 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah' menyaksikan 81 peserta (50 qari dan 31 qariah) dari 50 negara mengambil bahagian.

Penghakiman tilawah tahun ini dilakukan 16 hakim dipengerusikan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.

Turut berangkat Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun.

Majlis malam ini turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Sumber : Utusan Online

TAHNIAH KEPADA PESERTA MALAYSIA..

Pertembungan Negara Berjiran, Malaysia vs Singapura Dalam Misi Kelayakan Piala Dunia 2014



Malaysia vs Singapore

misi untuk Kelayakan Piala Dunia 2014



SINGAPURA - Seakan iri hati melihat skuad bola sepak kebangsaan mendapat dua perlawanan persiapan hebat menentang Arsenal dan Liverpool, jurulatih Singapura, Radojko Avramovic menyatakan bahawa prestasi para pemainnya kini turut berada pada tahap terbaik.

Berbanding Malaysia yang tewas 0-4 dan 3-6 pada kedua- dua perlawanan itu, Singapura 'lebih garang' apabila menang ketiga-tiga perlawanan persiapan menentang Maldives (4-0), Etoile FC (2-1) dan Taiwan (3-2).

Menurut Avramovic, rekod lampau membabitkan pertemuan Singapura dan Malaysia sebelum ini tidak lagi penting kerana pertarungan merebut satu slot ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 itu lebih penting.

"Saya rasa tak adil untuk kita banding dengan skuad- skuad terdahulu kerana ini adalah satu perlawanan yang berbeza. Sedangkan seorang pemain pun mampu mengubah situasi.

"Kami kini sedang meningkatkan keupayaan pasukan dan sikap para pemain serta mentaliti mereka tampak semakin baik sepanjang beberapa aksi persahabatan sebelum ini.

"Pemain-pemain kami kebanyakannya sudah lama beraksi bersama. Cuma persiapan kali ini agak sedikit singkat.

"Tetapi sudah tentu pada akhir perlawanan, saya mahu melihat Singapura menjaringkan gol lebih banyak berbanding Malaysia," kata Avramovic pada sidang media praperlawanan di Hotel Amara di sini semalam.

Sementara itu, kapten Singapura, Shahril Ishak berkata, dia dan rakan-rakan sepasukan begitu teruja untuk menyambut kehadiran skuad kebangsaan Malaysia di Stadium Jalan Besar malam ini.

"Kami mahu gunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di gelanggang sendiri pada perlawanan pertama ini, lebih-lebih lagi di atas permukaan padang sintetik (rumput tiruan).

"Semua pemain senior dalam pasukan ini memainkan peranan untuk memberi motivasi kepada pemain muda.

"Dengan fokus penuh dan strategi jurulatih, saya yakin kami akan dapat keputusan terbaik pada perlawanan ini," ujar pemain tengah berusia 27 tahun itu.

Biarpun dibarisi hampir separuh pemain muda, skuad Singapura masih bergantung harap kepada lima tonggak 'import', termasuklah penyerang veteran berusia 41 tahun dari Bosnia, Aleksander Duric.

Sumber dari Kosmo Online


Kepada yang tak pergi Stadium, boleh saksikan secara langsung di :



Sumber : Google Search

MALAYSIA BOLEH MENANG, 
APA PENDAPAT ANDA ?

Monday, July 18, 2011

Jawatan Kosong - Guru Tadika & Pembantu Taska : Tarikh Tutup 30 Julai 2011

Lepasan SPM dialu alukan memohon.

BondaMama Kids Centre adalah rangkaian taska dan tadika bumiputera di seluruh negara yang kini mempunyai lebih 50 cawangan dan terus berkembang dengan pesatnya.

Kami menawarkan jawatan kosong untuk diisi seperti berikut :

NAMA JAWATAN   : 1. Pembantu Taska - 77 kekosongan
                                      2. Guru Tadika   -  38 kekosongan
 
GAJI                           : Boleh dirunding


LATIHAN AKAN DIBERIKAN - TEMPAT TINGGAL DISEDIAKAN

Hanya emailkan kepada info@bondamama.com   - nama, alamat dan nombor telefon anda untuk kami hubungi.


ATAU

Hantarkan permohonan anda kepada :

Pengurus Perjawatan
BondaMama Sdn Bhd
16-3, Jalan Mesra Niaga
Taman Mesra
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan


TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 30 JULAI 2011


Hanya calon-calon yang terpilih akan dipanggil untuk temuduga....


Sumber  : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN