Monday, October 11, 2010

Kerajaan tidak bercadang lanjut umur persaraan kepada 60 tahun: Nazri

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 kepada 60 tahun, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sebarang keputusan mengenai cadangan menaikkan umur persaraan perlu dikaji termasuklah kesan terhadap peluang kerja untuk golongan lepasan sekolah, kolej dan universiti serta keperluan sumber manusia dalam sektor tertentu dalam perkhidmatan awam.

"Ketiga (ialah) kesan ke atas usaha kerajaan ke arah bilangan yang wajar. Kalaupun tidak kecilkan perkhidmatan awam, (kita perlu) mengurangkan kos operasi kerajaan tanpa jejas perkhidmatan untuk rakyat.
"Keempat (ialah) tahap kesihatan anggota perkhidmatan awam, terutama menjelang umur persaraan 58, adakah mereka mampu terus bekerja atau tidak," katanya menjawab soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Menjawab soalan sama ada langkah meningkatkan umur persaraan dapat mengelak tenaga muda yang kini bekerja di sektor awam daripada berhijrah ke sektor swasta, Mohamed Nazri berkata perkara itu dapat diatasi melalui semakan gaji oleh kerajaan dari semasa ke semasa serta pelbagai kelebihan lain bagi memastikan gaji sektor awam terus kompetitif.

Sumber : Berita Harian Online
CUKUP LA KERJA SETAKAT UMUR 58 TAHUN KAN..

Global: Tahi burung bernilai EMAS

IA satu khazanah untuk kaum Inca yang dulunya juga tunjang ekonomi Peru. Kini ketika dunia tercari-cari sumber yang mampu berterusan, tahi burung sekali lagi dinilai sebagai emas.

Sekelompok pulau di pantai Pasifik di persisiran negara berkenaan kini dilimpahi bertan-tan khazanahnya yang paling bersejarah, baja tahi burung.

Di lokasi terbabit, berjuta-juta ekor burung yang mendapat makanan dari lautan yang kaya dengan ikan bilis, membuang najisnya yang kotor, tetapi mengandungi fosfat dan nitrat, sepanjang hari.

“Ia sejenis baja semula jadi dan organik dan Peru satu-satunya tempat di dunia yang memanfaatkannya secara komersial dalam hal ini,” kata Pengarah Agrorural (Agensi Pembangunan Luar Bandar) Peru, Rodolfo Beltran.

Menurutnya, tahi burung itu adalah komoditi bersejarah di Peru yang kini muncul semula dan mempunyai masa depan yang sangat baik.

Peru adalah pengeluar baja tahi burung utama di dunia, jauh meninggalkan Chile dan Namibia.

Ketika lambakan tahi burung negara berkenaan pada era 1840-an hingga 1880-an,
hasil daripada tahi burung itu menjadi sebahagian bajet keseluruhan negara terbabit.

Ia dianggap sebagai satu lagi ‘emas’ untuk Peru.


Beribu-ribu buruh Cina mati ketika proses mendapatkan baja tahi itu. Malah ketika Perang Pasifik (1879-1883) antara Peru dan Chile, ia secara tidak langsung disebabkan perteling­kahan untuk mendapatkan komoditi terbabit.

Kini Peru mengambil pendekatan yang lebih berterusan terhadap sumber semula jadi yang paling aneh ini.

“Ia satu khazanah untuk Peru, kami satu-satunya negara di dunia yang memilikinya,” kata Beltran.

Salah satu daripada 21 pulau berkenaan dikenali sebagai Guanape Sur, kira-kira enam kilometer dari pantai Lambayeque di utara Peru, terdapat lebih daripada setengah juta burung.

Burung terbabit seolah-olah menguasai langit dan bersaing antara satu sama lain di pulau kecil itu untuk mencari tempat bersarang. Hasil sampingannya ialah beribu-ribu tan baja tahi burung.

Menerusi hujanan tahi burung, kira-kira 280 buruh mula beru­saha gigih untuk mengumpul dan membungkus baja tahi itu ke dalam guni seberat 50 kilogram. Guni itu kemudian dihantar ke Salaverry, pelabuhan di Trujillo, di utara Peru.

Mereka menjangka mengumpul kira-kira 23,000 tan baja tahi burung berkenaan tahun ini.

Apabila baja tahi burung itu sudah diproses, ia kemudian dihantar ke luar negara, ke pasaran yang berminat untuk mendapatkan baja organik yang dijual dengan harga mahal.

Bagaimanapun, tidak seperti pada masa silam ketika lebih daripada 200,000 tan baja tahi burung itu dieksport setiap tahun, kebanyakan baja tahi burung itu digunakan dalam

negara yang diedarkan kepada kira-kira sejuta peladang kecil yang menanam tanaman organik.

Di sini, kombinasi air sejuk dan arus udara hangat bermaksud taburan hujan sangat sedikit. Justeru, nitrat tidak menyejat ke dalam batu dan cahaya matahari mengeringkan tahi burung itu menjadikannya hasil terbaik di dunia.

Beberapa generasi peladang sudah melakukan kerja bermusim yang agak teruk ini. Mereka boleh mendapatkan lebih dua kali ganda gaji minimum Peru sebanyak 550 sole (RM627). Mereka mencari tahi burung itu sebelum subuh dan ia bukan kerja mudah, namun ramai yang mampu memperoleh 120 guni baja tahi berkenaan sehari.

Di Peru, mereka menganggap pekerja berkenaan cukup gigih dan pekerja ini pula yang tidak menggunakan sebarang alat pelindung, hanya mengaut baja itu menggunakan penyodok.

Susuk tubuh mereka yang rendah dan biasanya kurus tidak langsung menggambarkan stamina mereka.

Selepas lapan bulan di pulau berkenaan, kebanyakan pekerja mengemas barangan mereka untuk pulang ke rumah.

“Lama-kelamaan, ia membuat­kan kita sunyi kerana rindukan keluarga, tetapi memang menarik dapat bekerja dengan burung itu,” kata Juan Mendez.

Bagaimanapun, pemburu haram boleh membunuh sehingga 200 burung dalam masa satu malam.

“Pemburu haram ini memeranjatkan burung itu dengan lampu suluh yang terang-benderang dan menggunakan kayu untuk membunuh burung itu.

“Kemudian, mereka menjual dagingnya di pasar pantai de­ngan harga murah,” katanya.

Kepadatan burung laut itu meningkat sekali ganda dalam tempoh lima tahun ini dengan mencapai angka lima juta ekor burung, tetapi ia tidak dapat menandingi 60 juta burung pada kemuncak lambakan baja tahi burung itu dulu.

Meskipun sudah tiada konflik seperti dulu, burung berkenaan masih diancam dengan masalah tangkapan laut yang keterlaluan dan kesan perubahan cuaca yang tidak menentu.

Burung terbabit bergantung kepada lautan pantai Peru yang mengandungi kira-kira 80 peratus daripada jumlah ikan bilis di dunia yang membolehkan burung berkenaan membiak dengan banyak.

Arus Humboldt yang menolak aliran air sejuk dari Antartika sehingga ke garis Khatulistiwa memang penting untuk keseimbangan semula jadi ini. Apabila ia berada jauh dari perairan pantai ketika fenomena bermusim El Nino, kesan terhadap ekosistem marin ini memang mengecewakan.

Ketika itu, beribu-ribu anak burung atau telur musnah, kata Mendez yang menghabiskan masa sejak 13 tahun lalu menjaga pulau baja tahi burung itu yang membabitkan pantai sepanjang 3,000 kilometer - AFP

Sumber : Harian Metro Online

TAHI BURUNG NILAI EMAS  ?

Dua beranak maut digilis lori tanah di Yan

YAN: Hasrat dua beranak pulang ke rumah bagi menikmati makan tengah hari bersama anggota keluarga yang lain tidak kesampaian selepas motosikal yang mereka naiki terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori tanah di Pekan Sungai Yan di sini hari ini.

Motosikal mangsa yang dipercayai datang dari Kampung Dulang di sini menghala ke Kampung Perigi bergesel dengan sebuah lori tanah yang datang dari arah sama dan kedua-dua mangsa tercampak di tengah-tengah jalan sebelum digilis lori itu.

Ketua Trafik Yan, Inspektor Ahmad Salimi Md Ali mengesahkan kejadian itu. Beliau berkata, sejurus kemalangan itu berlaku pemandu lori terbabit menyerah diri di Balai Polis Yan dan kini ditahan reman beberapa hari untuk membantu siasatan. Mayat dua beranak itu dibawa ke Hospital Yan untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di talian 04-4655222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.-Bernama 

Sumber : Harian Metro Online
BERHATI-HATI LA BAWA MOTOR NAIK ATAS JALAN RAYA....
MOTORSIKAL PALING BANYAK RAGUT NYAWA.. HATI-HATI!!

12 maut, lebih 40 cedera nahas bas ekpress di Melaka

 MAUT: Kemalangan membabitkan dua bas ekspres, satu van dan tiga kereta di KM223 Lebuhraya PLUS berhampiran tol Simpang Ampat, malam tadi dipercayai meragut 12 nyawa dan lebih 40 cedera.

 
Ini Video Amatur dari rakan Facebook.
Link Video Kemalangan : 


REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini, petang tadi.

Polis berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.

Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian Online

LAMA MENYEPI, JADI PLAK DAH KEMALANGAN BAS EKPRESS
KALI NI 2 BUAH KENDERAAN BAS EKPRESS, 1 VAN DAN KERETA...
ADAKAH PEMANDU BAS KENDERAAN MEMANDU TERLALU LAJU ?

Sunday, October 10, 2010

TIPS : 7 Hal Penting untuk Diajarkan kepada Anak


Menjadi orangtua adalah hal yang paling penting di dunia, mengajarkan anak 7 hal penting ini akan membantu ia tumbuh besar, tangguh, mandiri dan bertanggung jawab.


1. Mencuci pakaian sendiri

Pada usia 12 tahun, anak sudah harus mampu mencuci pakaian sendiri. Ajar mereka bagaimana memilah pakaian, mencuci dengan tangan, mencuci dengan mesin cuci dan menjemur, dan menggosok dan melipat pakaiannya sendiri sampai rapi; hal ini juga penting selain ia mampu menggunakan komputer, internet dan main game online.


Jangan hanya memarahi anak yang sudah besar saat ia pulang dengan jeans dan pakaian yang kotor--mereka harus bertanggungjawab dan terlibat bagaimana mencuci jeans tersebut, bagaimana cara menghilangkan noda, tentu tidak semudah mencuci pakaian biasa.

2. Memasak yang sederhana

Ajar anak, baik lelaki maupun perempuan, cara memasak makanan sederhana. Karena manusia selalu perlu makan, keterampilan memasak pasti akan berguna kelak baginya bila tinggal jauh dari orangtua, untuk belajar maupun bekerja nantinya, atau saat ia membentuk keluarga baru dengan pasangannya. Dengan bisa masak sendiri, selain lebih hemat juga lebih sehat.

Mulailah dengan membiarkan anak merancang hendak makan apa hari ini, memberitahunya bahan-bahan masakan, belanja bersama dan biarkan ia memasak, dengan sedikit petunjuk dan bantuan anda. Ajak ia merapikan meja dan mencuci piring setelah makan. Pengalaman ini menyiapkan ia menjadi orang yang independen dan meningkatkan rasa percaya diri mereka.

3. Mempunyai Wang Saku Hasil Keringat Sendiri

Biarkan anak memiliki pekerjaan kecil yang tidak mengganggu waktu belajarnya, Seorang anak menghargai wang yang dihasilkannya sendiri dan belajar menggunakannya secara bijak. Bila ia suka berjualan untuk menambah wang saku atau memberikan les privat pelajaran, atau dengan hobby yang ditekuninya dapat menghasilkan wang, atau misalkan ia membantu mencuci kereta sehingga papa tidak perlu ke bengkel lagi, memotong rumput dan menyiram bunga sehingga mama tidak perlu bantuan tukang kebun, hal ini juga boleh diberi wang saku tambahan untuk mereka. Hal ini mengajarkan mereka tanggungjawab atas suatu pekerjaan dan mereka akan belajar standart kualiti untuk suatu pekerjaan, hasil baik dibayar baik, pelajaran memberi dan menerima.

4. Memilih teman yang baik

Pasangan pertama akan mempengaruhi seorang remaja untuk seluruh hidupnya. Itu bakal merupakan pengalaman positif atau negatif. Orangtua tidak dapat mengontrol secara detail hubungan pertemanan remaja, namun paling tidak orangtua dapat memberi contoh, untuk menghargai orang lain, toleransi pada pendapat berbeda, berpikiran terbuka dan easy-going. Saat hubungan memburuk, orangtua harus suportif dan memberikan pengertian, jadi sebagai teman untuk curahan hati, jelaskan bahwa hal demikian adalah normal di usia mereka, dan merupakan pengalaman dari perjalanan hidup manusia.

5. Mengajarkan anak tentang Kesepakatan

Remaja harus memahami fakta bahwa kompromi (kesepakatan) adalah hal yang harus dilakukan, tidak boleh menuruti kemahuan sendiri (egois) dan memaksakan kehendak kepada orang lain. Misalnya, anak ingin pergi main basketball dan jalan-jalan ke mall bersama teman-temannya di akhir minggu, dan minta diantar ke rumah temannya itu. Sedangkan anda juga ada rencana yang harus dilakukan, undangan pernikahan di malam hari yang harus dihadiri. Untuk mengakomodasi keperluan bersama, lakukan komunikasi untuk mencapai kesepakatan. Anda setuju untuk mengatarkan anak, namun si anak juga harus pulang tidak terlalu malam agar sudah di rumah sebelum anda pergi ke undangan pesta.

6. Belajar etiket sosial dan penghargaan pada siapapun

Bekali anak dengan sopan santun dan etiket sosial. Anak mencerminkan kehidupan di rumah, jadi "pendidikan" terbaik dalam hal ini adalah pada orangtua, bagaimana mereka memperlakukan pasangannya, pembantu rumah tangga, dan orang-orang di luar rumah. Contohnya, saat di restoran, saat makanan datang, dahulukan orang yang lebih tua untuk mengambil makanan terlebih dahulu (kakek/nenek/orangtua), anak-anak jangan berisik atau berteriak di tempat umum karena bisa menggangu ketenangan orang lain. Saat ada yang mengirimkan hadiah ulang tahun, jangan lupa menelepon atau mengucapkan terima kasih. Saat mengunjungi teman atau bertamu, harus berpakaian rapi dan sopan, atau membawa sedikit buah tangan, apalagi bila diundang makan/pesta, hargai bantuan orang dengan rasa terima kasih dan jangan melupakan balas budi, hargai orang-orang di sekitar kita seperti cleaning service, pembantu dan lainnya dengan respek yang setara.

7. Belajar berkawan dan memiliki komunikasi yang baik

Seseorang yang terlalu pendiam dan penyendiri, malas berkawan akan merasa tersisih. Bentuklah anak menjadi pribadi yang ramah, riang, terbuka dan selalu memikirkan orang lain terlebih dahulu, toleransi terhadap perbedaan dan menjadi orang yang dapat dipercaya, mampu memaafkan dan rendah hati. (Erabaru/ch)

Sumber : Email Yahoo Group
KEPADA IBUBAPA, SEMOGA TIPS INI BERGUNA UNTUK ANDA

Jaringan Gol : Kedah 4 - 0 ATM Piala Malaysia 2010

Jaringan Cantik dari Azmi Muslim


Link Video Jaringan tersebut :

TAHNIAH KEDAH DENGAN KEMENANGAN KE ATAS ATM, 
KEDAH LAYAK KE SUKU AKHIR
SELAMAT KEMBALI PAKLONG ( FAUZI SHAARI )

Funny : Justin Bieber Wannabe

Saksikan Miming dari Budak Gigi tak dak & the geng...


Ini link video dia : 

Sumber : Youtube.com

KOMEN SKIT PASAL VIDEO NI...
MENARIK ATAU SEBALIKNYA

Pendang : Bantuan Diperlukan, Motor Yamaha 125 Hilang

Bantuan Anda Diperlukan!! 

Jika sesiapa ternampak Motor Yamaha 125 nombor pendaftaran KBL8538, 
sila hubungi Rosmina 017-5433635 atau hubungi Balai Polis Pendang dengan segera. 
Motor tersebut telah hilang pada 10 Oktober 2010 jam sekitar 12.00 Malam hingga 7.00 Pagi di rumah Taman Selesa..