Monday, October 11, 2010

Dua beranak maut digilis lori tanah di Yan

YAN: Hasrat dua beranak pulang ke rumah bagi menikmati makan tengah hari bersama anggota keluarga yang lain tidak kesampaian selepas motosikal yang mereka naiki terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori tanah di Pekan Sungai Yan di sini hari ini.

Motosikal mangsa yang dipercayai datang dari Kampung Dulang di sini menghala ke Kampung Perigi bergesel dengan sebuah lori tanah yang datang dari arah sama dan kedua-dua mangsa tercampak di tengah-tengah jalan sebelum digilis lori itu.

Ketua Trafik Yan, Inspektor Ahmad Salimi Md Ali mengesahkan kejadian itu. Beliau berkata, sejurus kemalangan itu berlaku pemandu lori terbabit menyerah diri di Balai Polis Yan dan kini ditahan reman beberapa hari untuk membantu siasatan. Mayat dua beranak itu dibawa ke Hospital Yan untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di talian 04-4655222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.-Bernama 

Sumber : Harian Metro Online
BERHATI-HATI LA BAWA MOTOR NAIK ATAS JALAN RAYA....
MOTORSIKAL PALING BANYAK RAGUT NYAWA.. HATI-HATI!!

No comments: